Friday, February 6, 2009

Episod 7: Parent Datang!

Sekitar Tahun 1997.
Petang Ahad.

Lokasi: Blok A (Aspura), Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"huh, penat gila la arini..". keluh aku kepada Jamil sebaik sahaja kami tiba di dorm..kerja2 menyelesaikan Buku Skrap yg mengandungi keratan2 akhbar bahasa Melayu & Bahasa Inggeris memang memenatkan, memandangkan aku & Jamil menghabiskan hampir keseluruhan masa dari pagi hingga petang (*dok memotong keratan2 akhbar & menampalnya di dalam buku log) di kelas kami..ruang dorm yg menempatkan 9 katil double-decker dan 18 loker kayu itu, kosong..2 kipas yg setia menemani terus berputar mengikut rentak bilah2nya..Setelah beg diletakkan di dalam loker, aku merebahkan badan ke atas katil. rasa penat yg menyelubungi diri sekian lama seakan 'hilang' setelah dapat berbaring di atas tilam yg empuk itu..sambil2 melayan perasaan, kedua-dua belah telinga ini asyik meneliti bait2 lagu2 Hindustan yang bergema dari corong PA sistem di bilik, yang dipasang menerusi bilik siaraya aras bawah..

"Ting..Ting..Ting..Ting.."

bunyi seakan-akan 'loceng-di-shopping-complex' dalam nada menaik itu mematikan lagu 'Dil To Pagal Hai' yg sedang bergema di seluruh kawasan sekolah..lantas, suara seakan2 sorang gadis genit mengambil alih:

"Assalammualaikum w.b.t..Di sini ada satu pengumuman...Perhatian kepada Muazam bin Mohd Yunus, Pelajar Tingkatan 1, Dorm A7, anda dikehendaki turun ke perkarangan Dewan Makan sekarang kerana waris anda sedang menunggu..Ulang suara..Perhatian kepada..."

"Yahoo!mak bapak aku mai.."

hoho..dengan rasa gumbira yg melonjak2 dlm diri ini, aku terus berlari turun ke bawah..semasa aku melepasi bingkai pintu dorm untuk keluar, Jamil yg tadinya sedang khusyuk melayan komik Dragon Ball sempat berpesan: "Bawak balik sikit lauk lebih wei..".

dari jauh, kelihatan kereta Iswara abah aku telah pun parking dengan rapinya betul2 di hadapan stor peralatan2 kebun (*bersebelahan Dewan Makan)..aku lantas menuju ke arah mak & abah aku..kelihatan kedua-dua orang adik lelaki & perempuan aku turut berada di seat belakang kereta..

"Zroomm..!"

kereta Iswara berplat ADV 2333 yg dipandu abah aku terus bergerak menuju ke Astaka..dari dalam cermin kereta, kelihatan Cikgu Ramli Itam (Rambo) sedang membonceng motorsikal Honda-nya menuju ke Blok D..bangunan hijau (bangunan untuk pelajar2 Form 3) yg terletak berhampiran dengan Blok A masih lagi dalam proses pembinaan..

"Wah..best! best!" reaksi spontan aku tatkala melihat mak aku menghidangkan ayam2 goreng yg dikeluarkan daripada kotak KFC..peket plastik kecil yg mengandungi sos tomato itu dikoyak dengan menggunakan gigi dan dituang ke atas pinggan..Peha ayam yg masih terasa 'panas' itu digolek2 kan di atas sos itu, lalu menerjah masuk ke dalam mulut.."Yum..Yum..". Kesempatan pada petang itu diambil oleh aku untuk berbual2 dgn keluarga setelah lama terperuk dalam 'penjara berpagar' ini..di padang, sekumpulan para pelajar lelaki sedang bermain bola sepak..Classmate aku, Shaharmi Azulan (Shah) dan Lokman Al-Hakim antara yg aku dapat cam berada dalam kumpulan itu..

"OK ye, mak ngan abah balik dulu ni..belajar betul2..jgn main2.." pesanan terakhir oleh mak aku mengakhiri pertemuan pada petang itu, sebelum pintu kereta ditutup. Bunyi enjin kereta abah aku semakin sayup hilang menyusuri keluar pagar sekolah..Dengan berbimbitkan 2 beg plastik yg penuh dengan makanan2 (*atau 'ration') seperti air kotak Soya satu bundle, keropok2 Twisties, Mamee, Meggi & sedikit kuih muih, aku mengatur langkah pulang ke dorm..

bersambung........

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

2 comments:

Erni Safura a.k.a Hotaru Tomoe said...

Muazam....mesti hang makan dengan rakusnya ayam² itu kan muazam? sebab hang kan suke makan...Paling senang pujuk hang, bg makanan.Confirm senyum hang sampai ke telinga....:)

Cikgu Muazam said...

Erni Safura: Hehe.. Of course la.. Segala makanan yg dibawak mak bapak aku sure licin.. Ye laa, asyik dok baham ikan jaket dengan ikan bilis je kat Dewan Makan.. Haha.. Rindu Astaka weh.. Situ la port baik punyaaa utk lepak2 ngan parent di petang hujung minggu.. ;)