Monday, February 2, 2009

Episod 3: Roll-call Dorm

Lokasi: DORM A7, Blok A, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Form 1, mai duduk tengah2 ni". arah abang 'Confius' (Form 5) yg merupakan Penolong Ketua Dorm tika itu. "Form 2 pun sama..Kadok, Casper, Jackel, Efi, Wan, duk tengah2 ni jugak, buat bulatan."

Jam di dinding menunjukkan tepat kol 12.30 tengah malam..Bunyi kipas yang berdengung kadangkala memecah kesunyian malam yg penuh dengan tanda-tanya itu. Lengan baju aku ditarik ke bawah bagi menahan rasa sejuk yg amat dingin..kesejukan lantai marmar yg berwarna kelabu itu semakin menusuk di bahagian peha2 yg setia bersila..masing2 duduk diam dalam bulatan yg terhasil dari pembentukan oleh 9 orang manusia..bunyi2 'gas yang tidak diundang' yang keluar tanpa dipaksa oleh makhluk2 yang 'mengeluarkannya' tetapi tidak mahu mengaku, sekali-sekala mengundang hilai tawa kecil antara kami..

tiba-tiba, "POM! PANG!"..bunyi ketukan kayu besbol pada pintu dorm membuatkan kesemua 9 pasangan mata kami tertumpu kepadanya. kelihatan sekujur tubuh manusia berdiri tegak ditepi pintu itu sambil tangan kiri memegang kayu besbol di atas bahu kirinya. sebiji bola tenis dibaling-baling 'anak' di atas telapak tangan yg satu lagi. Sekali-sekala hingusnya ditarik-tarik menyerlahkan lagi wajah bengisnya itu.

"Ape tengok2??" satu persoalan yang agak 'menyinis' terpacul dari mulut Abang Kamil (Ketua Dorm)..langkahnya diatur rapi mara ke hadapan dan kemudiannya ter-berhenti apabila dua tapak kakinya hinggap betul-betul menghadap bulatan kami itu. Zip sweater birunya itu ditarik kemas ke atas.

"OK Semua..Tau tak sebab ape aku panggil korang semua berkumpul malam ni? Tau tak?". masing2 diam. tiada sebarang jawapan kedengaran dari mulut2 kami. "Normin! Tau tak kenapa??". "Tak tau, bang"..jawab Normin (Chiko) menikus.

Chewing-gum yang sekali-sekala kelihatan tersembul keluar di bahagian pinggir bibir mulut Abang Kamil dikunyah semakin rakus..Kayu besbol dihumban ke atas katil.

"Sebabnye...Dorm kita KOTOR!!!" tempiak si empunya diri."Aku tak tau la nape asyik2 kotor je pagi2..naik serabut mata ni aku tengok!..". "FORM 2!korang tak jalankan tugas ke ha?? pagi2 aku tengok kasut bersepah, tuala tak bersidai!..sampah punyelah banyak kat bawah katil!.." bola tenis yg berwarna hijau muda itu dibaling tepat mengenai salah satu loker yg teratur rapi ditepi dinding. mata abang kamil memandang tepat ke arah senior2 Form 2 yg khusyuk membatu. masing2 agak lama membisu. Kelihatan si Penolong Ketua Dorm sedang enak berbaring2 di atas katil sambil memetik tali guitar kapok-nya itu.

"OK..mulai esok, aku nak semua FORM 1 bantu budak2 FORM 2 ni buat tugas pagi2..korang pun dah nak dekat 2 minggu dah masuk sini, kan? naik lemak la pulak kalo korang dok rilek2 je..OK tak?". kami berempat mengangguk sebagai respons terhadap pertanyaan maut itu. "Jackel, ko buat balik jadual tugas yg baru..ko masukkan name bebudak ni dlm jadual tu..". "OK!" jawab Jackel (senior Form 2) yg juga merupakan exco kebersihan Dorm A7..

(paused.)

keesokan paginya, jadual tugas membersihkan dorm yg baru telah siap ditampal di locker Jackel. "ooh, aku dapat tugas menyidai tuala di pagi2 Isnin nih?? huh.." keluh aku bermonolog sendirian. Jamil, Chiko dan Mental masing2 turut mempunyai tugas2 mereka yg tersendiri seperti menyusun sandal2 & kasut2 di bahagian luar dorm, mengelap tingkap, menyapu sampah dan menyapu sawang2 diatas loker2..

setelah siap memakai tali leher dan sebagainya, aku mula mengambil sehelai demi sehelai tuala ahli2 dorm yg tersangkut di palang2 katil untuk dibawa ke ampaian..punyala berat, memandangkan dorm aku mempunyai ahli seramai 18 orang!..terhuyung-hayang aku membawa 'souvenier2' itu dari dorm aku (*yg terletak di hujung belah kiri Tingkat 2 Blok A) menuruni tangga2 menuju ke ampaian (*yg terletak di tingkat paling bawah)..dengan muka masam & mencebik, aku gagahkan juga menyidai satu demi satu tuala2 tersebut di ampaian. Ketika itu juga, aku dapat melihat rakan sekelasku, Zuhaili (Ely) turut sedang menyidai tuala2 ahli2 dorm A11-nya itu. Setelah semuanya selesai, aku menanti 3 lagi rakan se-'jawatan' (Chiko, Jamil & Mental) di area hadapan Bilik Tayangan Blok A untuk bersarapan bersama di Dewan Makan..

"wah, nasik lemak ikan bilis pagi ni!"..getus Jamil bersorak riang tatkala sampai giliran kami mengambil makanan di kaunter Dewan Makan. Air milo panas yang diisi ke dalam cawan warna kuning dihirup perlahan2..suasana di Dewan Makan agak kelam kabut & serabut as jam sudah menunjukkan hampir pukul 7.10 pagi..masing2 berusaha untuk mendapatkan makanan dlm barisan yg panjang..senior2, seperti biasa akan 'berjaya' mendapatkan makanan terlebih dahulu secara 'memotong trafik'..heh. Pelajar2 baru seperti kami (Form 1) walaupun datang lebih awal akan cuma terkulai, dan posisi2 kami di barisan akan secara automatik menjadi se-makin ter-kebelakang..

langkah kami berempat berpecah setelah tiba di aras 3 bangunan blok kelas kami..Mental memasuki kelasnya terlebih dahulu, iaitu kelas 1P, manakala aku, Jamil & Chiko terus ke hadapan, melintasi kelas 1R dan akhirnya masuk ke kelas 1M...

bersambung........

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

4 comments:

dR said...

lantai marmar berwarna kelabu!~ cool~ hahaha~

Cikgu Muazam said...

dR: Uhhu.. Sungguh sejuk lantai kat dorm dedulu.. Boleh kene kancing gigi.. Hiks..

Erni Safura a.k.a Hotaru Tomoe said...

Muazam...aku tak pernah tahu realiti korang Aspura didera kena sidai towel semua ahli dorm sbb kami di Aspuri tidak begitu....Kecuali di 'ragging' iron baju. Aku memang hangin.........tapi semua tu kenangan terindah..:)

Cikgu Muazam said...

Erni Safura: :) Itulah realitinya.. Hehe. Tapi ok laa.. Walaupun dulu rase geram gak kat senior-senior, tapi bile dikenang balik... rinduuu sangat weh.. Hehe. Ni la unik nye "Bainun".