Lokasi: Kelas 1M, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Tahun: 1997
Suasana di dalam kelas 1M begitu bising..jarum jam di dinding menunjukkan hampir pukul 7.20 pagi. aku membuka zip beg yg terletak di bahagian rak buku belakang kelas dan mencapai majalah Dewan Pelajar untuk ditatap..Jamil yg duduk di sebelah meja aku sibuk menyudahkan kerja2 latihan Geografi yg disuruh oleh Cikgu Zul dalam buku latihan topikal 'Praktis Ke Arah PMR Geografi Tingkatan 1'..aku terus membelek helaian demi helaian majalah itu..
tiba-tiba, suasana kelas yg hiruk pikuk menjadi sepi. aku memandang di seluruh isi kelas & melihat semua rakan2ku yg sebelum ini kebanyakannya asyik berbual & bersembang, 'telah' duduk di tempat masing2 menghadap buku..dari celah-celah bilahan tingkap2 kelas aku itu, aku dapat melihat kelibat Tuan Pengetua kami, Encik Hussin Kamdi sedang melintasi dgn gerakan slow-motion di luar kelas kami.."Jangan bising ni..baca buku cerita, Silent Reading sekarang.." bait2 yg bernada tegas tetapi lembut itu hinggap di setiap pasang telinga kami. aku tidak menghiraukan gelagat Tuan Pengetua dek kerna khusyuk menatap artikel2 dlm majalah Dewan Pelajar...
( paused. )
"Stand-up!..Good Morning, Teacher!". Suara halus Normin Shah (Chiko), yg merupakan Ketua Kelas kami mengejutkan aku. Kerusi2 ditolak ke belakang, lantas bergemalah Kelas 1M itu dgn suara 31 orang pelajarnya mengucapkan ucapan selamat pagi.
"OK, Good Morning. Please sit down.". Dengan berskirt pendek di bawah paras lutut, Miss Krishnavani R. (guru kelas kami) menuju ke bahagian hadapan kelas & mengambil pen marker lantas menulis hari, tarikh dan subjek 'English Language' di atas white-board. "OK all, please open your 1001 English Grammar Practise Book, and see page 42, you know, 42.." arah Miss Krishnavani dalam slang india-nya. "Ilyani, please read the whole article..". Miss Krishnavani kembali ke meja guru. "Once upon a time, there was a child.....". Suara bacaan Ilyani Khalid (Yani) yg begitu laju seperti bullet-train menyebabkan semua pelajar terpinga-pinga..Dengan sebutan English-nya yang begitu sedap didengar, seluruh artikel yg agak panjang itu berjaya dibaca olehnya dengan pantas.."Go slow man.." seloroh Satria Asyraff yg duduk di posisi belakang kelas. Yani mendengus & disambut hilai tawa kecil para pelajar. Aku memandang ke belakang dan dengan jelas dapat melihat Shazni (Parotek), Masdilla (Dole), Zahrati (Zah), Linda (Wak Lon) & Erni turut ketawa secara 'control'. Pelajar2 lelaki lain seperti Hisham (Sayong), Lokman, Pidut & Rosikhwan (Ekong) seakan tidak 'menyertai' keadaan ketika itu..kelihatan juga Dani Akmal tersengguk2 menahan kelopak matanya daripada terus 'padam'. Jadual kelas pembelajaran berjalan dengan lancar..Guru-guru masuk silih berganti mengikut peredaran waktu yg telah ditetapkan..Waktu paling favourite kami ketika itu tentulah waktu subjek Bahasa Melayu (yang diajar oleh Puan Tam!) & juga Bahasa Cina (yg diajar oleh 'Lauserk' Chan Chee Wai..).tidak dilupakan juga, waktu untuk subjek Sejarah & Matematik merupakan waktu yg dinanti2 untuk menyambung tidor..
pukul 1.05 merupakan waktu untuk slot P.I.A atau PAI (Pendidikan Islam Amali)..semua pelajar2 kelas aku dan juga para pelajar dari kelas sebelah, 1S beratur dalam barisan dan bergerak ke Surau sekolah yg terletak berhampiran dengan Blok D (*bersebelahan dengan Blok C, Aspuri). Para pelajar dikehendaki berada dalam keadaan berdua-dua dan berjalan melintasi kelas2 1R, 1P & 1B, menuruni anak2 tangga, menyusuri laluan2 beratap di mana melintasi juga tempat parking bas sekolah, padang, Blok B (Aspuri) dan akhirnya tiba di surau.
Sepanjang slot PAI ini, kami dikawalselia oleh Ustazah Nasriyah (*yg juga merangkap sebagai Warden Aspuri)..kami diajar cara2 bersolat, membaca Al-Quran, Yaasin dan lain-lain..Slot PAI ini diakhiri dengan solat Zohor secara berjemaah.
"Ustazah, dah pukul 2.05 ni...!" bagitahu kami ramai2 setelah melihat Ustazah Nasriyah leka mengajar sebilangan pelajar2 perempuan membaca Al-Quran. "hishh...kamu ni, bab makan laju je.." sindir Ustazah. "OK, boleh balik!"
"Yahooo...!"
setelah siap memasang pelekat kasut Sparx, sementara stokin dimasukkan ke dalam poket, aku, Jamil & Chiko berlari pantas mendahului rakan2 ke Dewan Makan..Oleh kerana kami antara kumpulan yg terawal sampai di Dewan Makan ketika itu, maka proses pengambilan makanan tengahari berjalan lancar. "Burp!..Al-Hamdulillah.."
bersambung........
originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99).

8 comments:
Beb..aku rase cam ade sket unsur pembohongan jer dlm entry ko nie..lps abis PAI,aku dgn jamon je yg lari laju..ko slalu lambat..sbb ko slim sgt dulu..kehkehkeh
p/s:ko ingat lagi x,ko kene 'BUAT LINE' dgn Pn Tam dulu...kehkehkeh..'BUAT LAIN'
MNS-1M2M3MA6/A7: Haha.. Siot je. Bukan ke ko yang terkedek-kedek lari tertinggal kat belakang? Eh, silap. Gigi ko yg tertinggal kat belakang kan? Ahaks. Kihkihkih.
Haha.. For sure la aku ingat.. mase tu punye laa konpius tahap gaban.. Motif tetibe Puan Tam suruh buat 'line'.. Rupenye kene buat lain, a.k.a correction! Choii.. Haha..
"Perigi Hang Tuah sangat jaaaauuhhh"
"Kalo nak pi Penang, banyak pakai doit!!"
Hahahhahahaah..........lucu gile Puan Tam tu kan? Tapi bukan ke dia guru yang hebat? Walaupun 'slang' cina tu memang dahsyat mahsyat, tapi diala guru BM kita...
Erni Safura: Yup.. Absolutely.. Waktu kelas Puan Tam la paling 'ceria'.. Hehe. Sayong laa paling excited.. Terkekek-kekek dier bantai gelak.. Haha.
cian kat puan tam tau..disebabkan perangai sekor2 dlm kelas kita, tak lama pon dia ngajar kelas kita kan..dah tak dpt dengor slang bm cina dia dah. eh, betoi ke apa aku ckp ni?ntah2 salah daa. ak pun dah lupa ingatan ni
cAspEr: Hehe. Bukan sebab bebudak kelas kite la Casper.. Puan Tam kan mase tu dapat tukar ke sekolah dekat dengan rumah dier.. Kat Tasik, Ipoh kalau tak silap.. :)
o..
watak aku cameo je ek mase nih..?
heheh
"bek kapal terbang lebiy dekat laaa..."bak kate puan tam!!!
n takley lupe
muke zul ngan sat
kne diri kat depan sbb dapat kosong BM..
sume angkare ujian 1
kuar "SUBJEK" dan "PREDIKET"
adeyyyy!!!
Shazni Nadzri: "Tolong buat LINE".. *rupe-rupenye Puan Tam suruh buat LAIN. LOL~
Post a Comment