Pagi Sabtu.
Sekitar Tahun 1997.
Lokasi: Dorm A7, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
"Weh, tolong stim-kan cadar katil aku jap"..arah abang Fizi (senior Form 3) kepada aku..tanpa banyak soal, aku menuruti sahaja arahan 'tanpa-bayaran' itu..setelah selesai 'kerja2 amal' itu, aku lantas menyambung kembali kerja2 menyusun sandal2 & kasut2 diluar dorm."huh, mmg busuk gile la kasut2 bola nih..bau cekam!".
setelah semuanya beres, aku, Jamil & Chiko berkumpul di area katil Azmen (Mental) untuk bersembang2 sambil berehat sebentar..senior2 lain ada yang masih berbaring di atas katil, tidak kurang juga bersembang sesama sendiri. Kelihatan Abang Kamil (Ketua Dorm) sedang leka bermain permainan 'Game Boy'-nya di atas katil. Abang Al-Shazanous (senior Form 4) sedang giat menghafal formula2 Kimia yang di-tulisnya dengan pen marker pada papan di bahagian atas katilnya.
"ha..tunggu ape lagi tu..pergi la siap..!" suara garau Abang Kamil membuatkan kami berempat bersurai menuju ke loker masing2..sepanjang perjalanan ke toilet, aku lihat pelajar2 lain di dorm2 lain seperti di dorm A8, A9, A10 dan A11 masih giat membersihkan bilik2 diorang..ketika aku melintasi di depan dorm A11, class-mate aku Zuhaili (Ely) menyapa, lantas aku singgah sebentar di dorm tersebut...
Tepat pukul 9 pagi, semua ahli2 dorm termasuk aku sudah segak lengkap berpakaian uniform sekolah..semburan minyak2 wangi pada badan masing2 seakan menjadi pelengkap menghiasi kawasan sekitar dorm. tidak ketinggalan juga bau tengik WELLA-FORM (*sejenis gel berwarna putih yg menjadi kegilaan para pelajar lelaki ketika itu & digunakan untuk meluruskan rambut!)..kelihatan Normin (Chiko) yang terkial2 muncul di muka pintu dorm setelah selesai menjemur semua tuala2 di ampaian..
"Odin datang! Odin datang!" Amaran lisan oleh Kadok (senior Form 2) yang baru kembali dari dorm sebelah menyebabkan semua ahli dorm terus berdiri kemas ditepi katil masing2..semua menanti dengan penuh debar..
"Assalammualaikum..."
bunyi tapak-tapak kaki mengiringi ucapan tersebut. kelihatan Cikgu Odin (warden) dan Encik Shamsudin (atau lebih dikenali sbg 'Western') masuk secara perlahan2 ke dalam bilik kami. Di tangan kanan Cikgu Odin jelas terpacak sebatang rotan buluh..Di tangan kirinya pula kemas menggenggam sebuah fail laporan.
"OK na..Selamat pagi semua..Ada apa2 masalah berkenaan dorm ni?" tanya Cikgu Odin memulakan bicara. "Erm, takat ni ok..takde ape2 lagi cikgu.." jawab Abg Kamil.."Lampu, kipas, loker, semua ok? takde yg rosak?"..mata Encik Shamsudin melilau ke setiap inci bilik.."Takde"..jawab kami. "OK na, kamu sebagai pelajar haruslah bertanggungjawab, sentiasa patuh arahan, jangan burn prep na, bla..bla..bla..and bla..". Ceramah bebas serta nasihat2 'berguna' oleh kedua-dua Cikgu itu ataupun warden2 lain sudah menjadi kemestian sebagai 'aktiviti penutup' sebelum mereka beredar untuk inspection ke dorm2 lain pula..
Setelah mereka beredar, cadar yang tadinya amat 'tegang' (atau dalam bahasa kami: 'stim') kembali menjadi remuk setelah menjadi bahan jamahan tubuh masing2..aku pergi ke loker dan menyalin baju kemeja sekolah. lantas dicapai baju sukan Blok A (Rumah Kuning) untuk dipakai. Sementara menunggu Jamil & Chiko bersiap, aku pergi ke Dorm A9 untuk menghantar kembali kepit-kuku yg dipinjam dari Amir Bad.
"Jom, pergi prep!". ajak Jamil ketika aku bertembung dengannya di depan tangga bersebelahan dorm A8.
bersambung........
originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

2 comments:
seriuss beb..mase ni takut gler kut2 la western wat inspection terjumpe bende yg bkn2..kahkah..ko sorok spender busuk dlm loker pun aku igt lg muazam oii..
MNS-1M2M3MA6/A7: Haha.. Banyak la ko.. Tak pernah aku buat kerje-kerje tak bermoral macam ko selalu buat tu.. Haha.. Tapi serius wey, time inspection paling cuaks..
Post a Comment