Thursday, February 26, 2009

Emmimians: 10 years after.

17552_1308963118398_1060192871_992154_6818439_n

Gambar 1998: Kelas 2M
(Watak-watak penting blog 'Kenangan Di Bainun' ni)

22763_107305572612869_100000002794982_196674_6134978_n

Gambar 2009: Gathering Emmimians '97-'99
di Excelsior Hotel, Ipoh @ 26 Disember 2009.
(Walaupun tak semua yang dapat hadir, tapi gathering ni tetap mengasyikkan dengan kehadiran our beloved class teacher, Miss Ha!)

Wednesday, February 25, 2009

Episod 24: Petang Maghrib di SMRPB

Sekitar tahun 1999
Lokasi: Perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

Petang itu, seperti biasa aku bersiap-siap untuk solat maghrib berjemaah di surau sekolah yang terletak bersebelahan blok C, Aspuri. Setelah mengenakan butang baju Melayu, aku lantas mencapai dompet Billabong yang terletak di dalam laci loker. Hanger baju-baju di rapatkan ke sisi kanan loker. Sabun basuh dan berus plastik yang masih basah diletakkan di atas beranda koridor dorm.

Matahari semakin pudar dalam menumpahkan sinarnya. Sayup-sayup kelihatan beberapa ekor burung hinggap di atas talian elektrik yang merentasi dari blok A (Aspura) ke blok setingkat Tingkatan 5.

"Jom Muazam, kite gerak.. Boleh lepak-lepak sat kat padang sekolah.."

Aku menghela nafas panjang. Jam di dinding dorm menujukkan jam 6.40 petang.

Aku dan Jamil (Jamon) menuruni anak-anak tangga menuju ke arah padang sekolah. Beberapa orang senior Form 5 sedang melepak di bilik tayangan blok. Kusyen dan kerusi bergelimpangan di segenap inci bilik tersebut.

"Syoknye petang ni.. Aman je rase", luah Jamon tatkala kami sampai dan duduk di kerusi batu yang terletak bertentangan dengan padang sekolah. Kedudukan 2 buah kerusi batu itu sangat strategik memandangkan ia dikhususkan untuk beristirehat sambil menikmati panorama alam sekeliling di Bainun. Di dada kerusi jelas tertera ukiran tulisan 'IHSAN DARI P.I.B.G SMRPB'.

"Kejap je kan mase berlalu.. Dah nak abis Form 3 dah. Pak hang mai ambik hang bila?" tanya Jamil seraya mencabut kemuncup di kaki seluar slack kelabunya itu.

"Tu la, jap je rase.. Aku cuak gak ni tunggu result.. Nanti aku balik naik bas je kot. Minggu ni bapak aku mai angkut semua barang."

Dari jauh penghuni-penghuni blok D masing-masing leka menjalani rutin harian. Ada yang masih 'bersidai' di beranda koridor, tak kurang juga bergegas ke tandas dan ada yang sedang menuruni tangga. Kelihatan juga Cikgu Ramli sedang menuju ke rumahnya yang turut terletak di deretan aras blok D.

Sambil mengamati suasana pada petang itu, aku dan Jamon banyak berbual-bual tentang sesi kehidupan yang telah kami lalui sepanjang 3 tahun di bumi Bainun ini. Rasa seperti baru sahaja semalam mendaftarkan diri sebagai pelajar Bainun. Realitinya, kesemua kertas-kertas peperiksaan PMR telah pun 'berjaya' dilunaskan pada minggu yang lalu.

Bunyi alunan 'zikir' yang keluar dari PA Sistem surau menggamit langkahan kaki ke surau. Sepanjang perjalanan ke surau, aku dan Jamon 'bertanding' menandingi antara satu sama lain dengan cuba menyentuh palang-palang besi yang terletak atas laluan koridor berbumbung tersebut. Beberapa orang junior Form 1 melintasi kami berdua.

"Tengok ni, aku takyah loncat pun.. Haha".

Di surau, sudah ramai junior-junior Form 1 dan Form 2 memenuhi isi perut surau. Aku bingkas menuju ke arah tempat mengambil wuduk. Pili air dibuka lalu mengalirlah air dengan lajunya.

"Hai abg Muazam", sapa junior Form 1 ex-dorm aku, Fariz Hamidi. Aku cuma membalasnya dengan mengangkat kening. Setelah meletakkan selipar di tempat yang 'selamat'; iaitu di tepi belakang pintu surau aku terus menuju ke saf tengah-tengah surau.

Karpet surau yang berwarna hijau muda dan berlompang-lompang mewarnai laluan langkahan kaki. Sesekali kaki ini terseradung dengan gulungan karpet yang kelihatan sudah agak uzur tersebut.

"Panasnye hari ni.. Tepi sikit weh.." Aku mendampingi kelompok Rodhu, Fairuz (Jonos) dan Azmen (Mental) yang kebetulan sedang duduk di bawah kipas. Air wuduk yang masih bergenang di muka di lap menggunakan tangan.

Abg Nasri Yunos (Ketua Umum, Form 6) sedang khusyuk membetul-betulkan mikrofon. Sesekali tangannya diketuk-ketukkan di bahagian 'kepala' mikrofon itu untuk memastikannya berfungsi. "Testing.. testing.. 1, 2, 3.."

"Allahhu Akbar, Allahu Akbar~.."

Azan bergema.

Keriuhan dan kemeriahan gema warga Bainun pada petang itu bertukar statik. Di luar, hanya bunyi aliran air wuduk yang kedengaran.

"Luruskan saf, rapatkan saf...."

Suara garau imam oleh senior Form 5 blok D mencatur pergerakan barisan-barisan saf. Semua mata kini asyik memastikan kelurusan kaki masing-masing dalam saf yang 'separuh senget' terbabit.

"Ke depan sikit Muazam", pinta Shahrul Rizan (Onn) sambil tangannya menepuk-nepuk belakang badan aku.

"Allahhu Akbar~..."

Takbirratul ihram diangkat; menandakan bermulalah solat Maghrib pada lewat sore itu. Namun, yang pasti, masih ramai baru sampai ke surau. Bunyi tapak-tapak kaki masih jelas kedengaran dan akhirnya berhenti setelah tapak-tapak kaki itu masuk ke dalam saf..

"Sami'allahuliman hamidah"..

bersambung.............

Originally composed by: muzem yunus (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Tuesday, February 24, 2009

Episod 23: Minggu Peperiksaan PMR 1999

Tahun 1999
Lokasi: Sekitar perkarangan Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

"Camane weh English Paper 1 tadi?" tanya Zuhaili (Ely) pade aku sambil tangannya mengibas-ngibas blazer maroon pengawasnya itu. Di tangan kanannya erat memegang gulungan kertas soalan Bahasa Inggeris (Kertas 1) dan beberapa batang pensil 2B.

"Boleh la, cume aku risau sikit part Comprehension tadi. Banyak jawapan keliru. Confuse sikit la.."

"Tu la, aku pun same. Comprehension cam payah syiall.." Celah Jamil (Jamon). Kertas soalan tadi dilipat-lipat sehingga menjadi bentuk segiempat tepat dan dimasukkan ke dalam poket seluar hijau mudanya. Sesekali tali leher sekolah yang berwarna merah ke-maroon-an itu menjadi peneman setia sebagai pengelap peluh yang mula terbit di dahi.

Kami bertiga mengatur langkah menuju ke kantin sekolah. Bangsal stor bercat biru yang menempatkan semua kerusi-kerusi dewan yang terletak di sebelah kanan koridor berbumbung ke kantin kelihatan sangat usang.

Di kantin, rata-rata calon PMR Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun telah pun duduk di kerusi panjang kantin dan berbual-bual sesama sendiri bagi meredakan resah gelisah. Aku, Jamon dan Ely menyertai kelompok bebudak lelaki kelas kami yang asyik berbual di bawah pokok-pokok rendang berhampiran dengan court bola keranjang berhadapan kantin.

"Aku cuak weh, Sejarah tak habis cover lagi ni.. Adehh, masak la aku.." Keluhan Normin (Chiko) mencelah suasana. Sesekali ludahan air liur yang keluar dari mulutnya itu mengena tepat ke arah anak-anak rumput yang segar menghijau.

"Rilek la weh.. Jawab je.. Macam Cikgu Odin cakap, Sejarah ngan paper-paper objektif yang lain takyah risau.. Jawapan memang dah ade.. Cume nak kene pilih je.." balas Hisham (Sayong) lalu mengundang gelak kecil dalam kumpulan kami.

"Haa... POWER!!". Kelibat Zulkarnain (Che'Bu) menyusul sambil ditangannya memegang bekas pensil yang di'ubah suai' dari bekas video-tape. "Haa, rodok!!" Balas Sayong seraya mengajukan satu tumbukan padu ke arah perut Che'Bu. Tali pinggang putih Alien Workshopnya itu jelas bergentel-gentel di tepi seluar slack yang ditempah khas di kedai 'The Guys'.

"Aku nak pi toilet jap la.. Jom Jamon, pi basuh muka sat".

Aku dan Jamon meluru ke arah tandas pelajar lelaki yang terletak di blok berhampiran Medan Susila. Kelihatan Cikgu Arjimi dan Pengetua kami, Encik Ismail Mad Desa sedang berbual-bual di hadapan Bilik Permaisuri. Ketika melintasi koridor di area Bilik Guru, kami terserempak dengan Miss Hanida (Miss Ha) yang kebetulan mahu keluar dari bilik guru tersebut menuju ke kelas.

"How's the paper dear?"

"Ok la teacher, but some questions a bit confused"

"Never mind, do your best for your paper 2. Remember, the questions that needs formats such as reports and formal letter will help you to get more marks easily.. Good luck then"

"Ok teacher.."

Aku dan Jamil terus menuju ke tandas. Semasa di tandas, aku mengambil peluang untuk berkumur dan membasuh berkali-kali muka yang sudah kelihatan agak lembam. Sinki yang sudah 'di cemari' dengan bekas-bekas warna air (water-colour) tampak berwarna-warni dengan coraknya yang tersendiri. Pili air ditutup rapi dan kami berdua kembali ke kantin.

"Woi Muazam, semangat jek aku tengok hang jawab tadi. Pulun bebenor sampai meja goyang-goyang"; sindir Shazni (Parotek) yang duduk bersama-sama Zatil dan Rahmah (Ema) ketika aku dan Jamon sampai di kelompok bebudak perempuan kelas kami. Ilyani (Yani Khalid) kelihatan sedang asyik menatap buku poket kecil 'Penguat Memori PMR Sejarah' terbitan Sasbadi sambil mengunyah biskut.

Aku menyucuk-nyucuk bahu Parotek menggunakan pembaris oren Masdilla (Dole). Zahrati (Zah) sedang berbual dengan Atak di meja yang bertentangan. Noraini (Nonoi) dan Najwa turut ralit mendengar perbualan antara Zah dan Atak tersebut.

"OK, semua calon diminta berbaris semula.."

Suara lantang Puan Nihayatun sekali lagi memecah suasana. Jam Boy London di tangan menunjukkan tepat jam 9.25 pagi. Kertas Bahasa Inggeris (Kertas 2) bakal menyusul dalam masa lebih kurang 20 minit lagi.

Dengan langkah yang penuh berhati-hati, aku dan rakan-rakan se-batch menyusuri lantai kasar berwarna kelabu menghala ke dewan besar sekolah.

"Bismillahirrahmanirahim..." Kaki kanan aku mendahului alunan langkah kaki kiri masuk ke dalam dewan.

bersambung ...................

Originally composed by: muzem yunus (muazam yunus, bainunians '97-‘99)

Monday, February 23, 2009

Selamat Hari Raya 2009.

Syukur, semalam (22.09.09) marked the 'mini-gathering-raya' bebudak kelas aku (3M '99) which took place at our lovely Mom's house; Miss Hanida. It was really a great and fantabulous day.. Although only 6 of us were turned up.

Here is the pic. Merangkap antara 'watak-watak utama' dalam coretan kisah aku di blog 'Kenangan Di Bainun' ni. Emmimians '97-'99.

10517_139819134795_736364795_2466823_1198242_n

Duduk atas kerusi (dari kiri):
Azwin Khalid (Awin), Miss Hanida (Miss Ha), Shazni (Parotek), Aina 
Duduk atas lantai (dari kiri):
Muzem (Me, myself), Zulkarnain (Che’ Bu), Jamil (Jamon)

... Bainun: A Place Like No Other.

Episod 22: Peperiksaan PMR 1999

November 1999
Lokasi: Sekitar kantin dan Dewan Besar Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Pagi itu hujan renyai-renyai. Jalan tar yang 'menyelimuti' hampir 70% di kawasan lapangan sekolah ini berkeadaan agak lembap dan basah. Jam jenama Swatch di tangan menunjukkan tepat jam 7.05 pagi. Aku, Jamil (Jamon) dan Hisham (Sayong) mengatur langkah ke kantin sekolah setelah selesai membuang sisa-sisa roti 'berjemkan' mentega kuning pekat di dalam tong sampah besar dewan makan.

Pagi itu perut seolah-olah tidak mampu menelan kesemua santapan yang dihidangkan oleh pekerja dewan makan. Kunyahan juga tidak lancar seperti lazimnya. Hanya 1/4 daripada roti keras kematu itu 'berjaya' menjadi pemastautin perut. Fokus tumpuan kini lebih tertumpu dan 'melayang' kepada 'agenda' yang lebih penting pada pagi tersebut.

Hari itu hari Isnin, bertarikh 1 November 1999. Hari pertama bagi permulaan kertas-kertas Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 1999.

Sewaktu kami bertiga melintasi laluan koridor beratap di kalangan kelas pelajar-pelajar Tingkatan 5, kami disapa oleh beberapa orang abang dan kakak-kakak senior yang tidak putus-putus mengucapkan "Good Luck". Jauh disudut hati, kami sangat hargai ucapan dan kata-kata semangat itu walaupun hanya membalasnya dengan senyuman.

Malam semalam ketika prep malam, semua pelajar-pelajar Tingkatan 3; baik dari kelas S, M, R, P dan B 'berarak' dalam kumpulan kelas masing-masing dan mengelilingi ('tawaf') semua kelas-kelas yang terdapat di Bainun untuk sesi memohon maaf dan memohon restu dalam mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR. Slot ini merupakan satu tradisi Bainun yang 'unik' dan antara 'aktiviti' yang ditunggu-tunggu oleh semua warga Bainun setiap kali menjelangnya tarikh-tarikh peperiksaan awam. Aku tersenyum sendirian pabila terkenangkan aku dan adik angkat-ku, Rosma Nadia 'diusik' oleh rakan-rakan kelas supaya masing-masing menjadi 'wakil' kelas untuk berucap semasa sesi bermaafan di kelas 2S malam tadi.

Langkah kami dikecilkan ketika kami melewati blok kantin sekolah. Kelihatan sudah ramai calon-calon PMR yang sudah sedia ada di kantin sekolah. Masing-masing mempamerkan pelbagai reaksi di wajah. Ada yang mulutnya kelihatan terkumat-kamit membaca doa dan jampi serapah. Tak kurang juga yang asyik membelek buku nota SKOR A PMR Sejarah; walaupun hakikatnya pada pagi itu merupakan 'turn' untuk kertas Bahasa Melayu (Kertas 1).

Aku, Jamon dan Sayong merapati kumpulan Zuhailee (Ely), Husni (Uni) dan Safarizal (Safa) yang duduk di bahagian tengah-tengah kantin. "Weh Sayong, yang mane betul ek? 'dari semasa ke semase' ke atau 'dari mase ke semase'? Aku konpius laa.." Celahan Syah (Syaharmi) memecah kekalutan perbualan kami berenam ketika itu. Di tangan Syah sarat dengan beberapa batang pensil 2B, pemadam dan slip kemasukan peperiksaan PMR yang sudah siap di'laminate'. Sayong yang memang terkenal sebagai 'pakar' Bahasa Melayu dalam kelas 3M terus berhujah. Seperti biasa, Sayong tetap gigih menerangkannya dengan wajah yang bersemangat waja dan goyangan tangan yang jitu. ops*

Azhar (Cak'a) dan Balun (Kelas 3S) melintas di belakang kelompok kami menuju ke sinki. Kelihatan Shahril (Otet) sedang berbual-bual bersama Putri Azrin dan Nanie.

"OK, semua calon diminta beratur di hadapan sini mengikut kelas". Suara nyaring Cikgu Nihayatun yang menggunakan healer mengundang sepi. Masing-masing bergerak dan bunyi tapak-tapak kasut yang bergesel dengan lantai kantin sekolah kadang-kala 'mengilukan' telinga ini.

Aku beratur di belakang Amir Bad dan di tepi Zahrati (Zah). Ilyani (Yani) yang berbaris di hadapan Irmahani (Irma) kelihatan tenang sambil sesekali tangannya membetulkan posisi tudung. K-oi mengetuai barisan pelajar lelaki kelas 3M, sementara Erni Safura (Erni) mengepalai barisan pelajar perempuan 3M.

"OK, Amir Zunnasri, baca doa"

"Bismillahirahmanirahim...."

Doa pun dibaca. Seramai hampir 170 mulut mengaminkan doa memohon dipermudahkan urusan pada pagi itu. Tapak kaki ini terasa sangat berat untuk melangkah ketika tiba di hadapan pintu dewan besar sekolah. Suasana di dalam dewan sangat tenang. Meja-meja berwarna coklat dan kerusi-kerusi (..walaupun berkarat, ops*) tetap setia mewarnai 'keindahan' dewan pada pagi yang hening itu.

"GOOD LUCK!" Ucap Shazni (Parotek) sambil mengetuk meja aku ketika dia melintasi menuju mejanya di belakang. Aku mula menyusun pensil-pensil 2B dan pemadam di atas meja. Kad pengenalan dan slip kemasukan peperiksaan aku sematkan rapi di hujung kanan sebelah meja.

Sambil mendengar penerangan dari Ketua Pengawas Peperiksaan, aku mengamati suasana dalam dewan. Aku tenung sepintas lalu gelagat rakan-rakan se-'batch'.. Bagaikan masih di dalam mimpi, kami semua sudah pun 'duduk' di kerusi besi ini sebagai calon PMR di dalam dewan besar. Hari ini bermulalah 'episod' penentuan terhadap keberhasilan pengajian kami selama 3 tahun di Bainun. Bagi kami, PMR amat penting, kerana ia menentukan samada kami akan 'stay' di Bainun ataupun tidak.

"Baiklah, semua calon boleh mula menjawab sekarang. Ikut jam depan ni ya. Kertas ini akan berakhir tepat jam 9.15 pagi."

Dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim', aku mula membuka muka surat pertama kertas Bahasa Melayu terbabit. Terdapat 60 soalan objektif yang mesti aku lunaskan dalam tempoh 1 jam 15 minit.

Dari satu soalan, aku mula beralih ke soalan-soalan yang lain. Dari bahagian pemahaman, aku mula beralih ke bahagian tatabahasa.

Tangan ligat melorekkan jawapan-jawapan di kertas OMR.

"Ya Allah.. Permudahkanlah urusan kami semua.."

bersambung..............

originally composed by: muzem yunus (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Sunday, February 22, 2009

Episod 21: 'Perpecahan' Dorm A7

Sekitar Tahun 1999
Lokasi: Dorm A7, Aspura, Blok A, Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Malam itu sepi.

Suasana gelap gelita di luar bilahan-bilahan tingkap dorm seolah-olah 'turut bersama' menyelubungi serta membungkam perasaan setiap ahli dorm A7 pada tengah malam itu. Kesemua ahli dorm A7, baik yang junior mahupun yang senior telah pun bersiap sedia berkumpul dalam bentuk 'bulatan' di tengah-tengah kawasan dorm. Ada yang bersandar di palang katil, tak kurang juga yang bersandar di tepi loker umum. Masing-masing melayan perasaan sementara menanti kehadiran Ketua Dorm; Abang Ojan (Fauzan, Senior Form 5). Putaran kipas di siling yang ligat berdansa menyemarakkan rasa dingin salju pada malam 'bersejarah' tersebut.

Kelihatan Normin (Chiko) asyik menggaru kepalanya sambil di badannya setia berselimutkan selimut biru laut asrama. Junior-junior Form 1 yakni Fariz Hamidi dan Azim leka menahan kelopak-kelopak mata mereka dari terus terlelap. Kelihatan beberapa titis air terus-menerus jatuh daripada gantungan-gantungan baju Kadok yang baru sahaja di basuh di palang katilnya. Gelagat Arif (Junior Form 2) yang gigih menggigit kuku-kukunya mengundang usikan senior-senior Form 4 dan 5.

Malam itu bukan seperti malam-malam yang biasa buat kami. Ia malam yang 'luar biasa'.

Umum mengetahui dorm kami, iaitu A7 bakal dijadikan 'dorm pengawas'. Ini bermakna kesemua ahli-ahli dorm kami yang bukan pengawas dikehendaki 'berpecah' dan diarahkan masuk ke dorm-dorm lain.

Tatkala mendapat tahu mengenai berita ini, pelbagai perasaan muncul.

Keliru. Dan sedih.

3 tahun aku bermastautin di dorm ni. Jatuh bangunnya aku di Bainun bermula di dorm ini. Dalam sekelip mata, malam ini merupakan malam terakhir aku akan bermalam di sini.

"Assalammualaikum semua.."

Suara garau abang Ojan menyentak lamunan. Sambil bersila, abang Ojan merapati kumpulan kawanan kami. Kain pelikat merahnya disisip rapi di bawah selimpangan lututnya itu. Anak matanya memerhatikan setiap satu wajah-wajah kami. Lama abang Ojan diam. Sekali-sekala terdengar dengusan helaan nafasnya yang panjang.

"Aishh.. Jangan la serius sangat kome ni.. Hehe"

Seloroh abang Ojan secara tidak langsung membantu terbitnya ukiran senyuman di setiap bibir ahli-ahli dorm ketika itu. Walaupun pada saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu rasa berkecamuk menghantui dalam diri masing-masing.

"OK, sepertimana yang kite semua maklum, arahan dah keluar. So, malam ni merupakan malam terakhir la kite semua dapat kumpul macam ni. Lepas ni, esok pagi, masing-masing akan ke dorm baru masing-masing. Jadi, di kesempatan ni, aku nak mintak maap banyak-banyak kalo ade selalu buat korang sume bengang. Aku mengaku aku seronok sangat duduk dengan semua.. Tapi tu lah, nak buat macamane.. Apepun, semoga korang happy la kat dorm baru. Walau apepun, lepas ni, kite tetap A7. Bawak diri elok-elok kat dorm orang lain tu nanti.."

Pesanan dan amanat terakhir abang Ojan sebagai Ketua Dorm kami terus melewati setiap minit di jarum jam dinding. Semua pasangan telinga dan mata mendengarnya dengan khusyuk.

"Ok, Kadok. Kamu start bagi ucapan. Lepas tu follow la dengan yang lain lak".

Seorang demi seorang mengambil 'alih' peluang untuk berucap dan meminta maaf. Suasana bertukar menjadi sebak dan bunyi esakan teriakan kadang-kala mewarnai 'perhimpunan terakhir' kami pada malam itu. Terasa begitu akrabnya kami. Suka duka silih berganti. Banyak kenangan gembira dan pahit kami tempuhi bersama.

"Lepas ni dah tak dapat la buat pertandingan skipping lagi..", pintas Kadok.

Aku bakal menghuni dorm A4. Jamil (Jamon) di A2. Normin (Chiko) di A10.

Ahli-ahli dorm yang lain akan turut 'bertaburan' di segenap inci blok A selepas ini.

(paused)

Malam itu aku tak dapat tidur. Berdebar menanti hari esok. Aku cuba melelapkan mata, tetapi gagal.

bersambung ................


Originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Saturday, February 21, 2009

Episod 20: ‘Detention Class’ (DC)

Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Dorm A7, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Sabtu.

Pagi itu hujan renyai-renyai. Hasrat aku untuk menyidai tuala di ampaian blok di tingkat bawah  terbantut. Aku sekadar merehatkan minda dengan menikmati pemandangan sekitar Bainun melalui tingkap berdekatan dengan loker. Memandangkan dorm aku ni terletak di tingkat paling atas dan paling hujung sebelah kanan blok A, maka ruang likup kawasan sekolah yang dapat dilihat agak luas. Ini termasuklah padang sekolah, tempat parking bas sekolah, blok D, aspuri, stor sukan serta dewan makan. Suasana sangat nyaman. Dan tenang. Kelibat beberapa orang pelajar perempuan yang mundar-mandir serta lalu-lalang di aras 2 dan aras 3 blok C sekali-sekala 'mencuri' pandangan mata ini. Ops*.

Jam menunjukkan pukul 9.40 pagi. Masih ade 20 minit lagi sebelum prep pagi hari Sabtu bermula. Inspection berjalan lancar. Cume Cikgu Odin je yang datang membuat inspection tadi. Jadi, takde la panjang sangat sesi 'leteran' dan 'bebelan' tu. Hehe.. Walaupun begitu, dorm aku tetap ditegur kerana terkantoi-nye 3 buah tupperware bekas makan meggi tak dibasuh terperam di dalam loker umum. Hoho..

"Wei Muazam, hang kene DC (Detention Class) kan harini?" tanye Jamil yang ketika itu sedang giat bermain skipping di bahagian tengah-tengah dorm.

"A'ah.. Siot betul laa". Aku membalas.

"Haha.. Tu laa hang.. Simpan lagi kuku panjang.. Kan dah kena..".

Tali skipping diletakkan di atas loker. Kopiah bulat yang berwarna kelabu di pakai, seraya mengemaskan lilitan tali pinggang. Seluar sekolah warna hijau muda itu di 'lowed' kan sedikit. Jamil kemudiannya berdiri di pintu dorm sambil berjengket. Kedua-dua tangannya rapi menyentuh alang pintu.

"Aku pi dulu naa kelas. Selamat pi DC."

Aku melangkah lemah ke loker. Kebanyakan ahli dorm telah pun beredar ke kelas prep. Normin (Chiko), Jackel, Abg Fizi dan Kadok antara yang masih khusyuk bersiap-siap membetulkan sikatan rambut, menilik-nilik muka dan men-'tight-in'-kan baju. Setelah siap, aku terus mencapai beg sekolah dan keluar dorm melalui pintu belakang. Dari koridor tingkat atas, aku dapat melihat ramai pelajar-pelajar lelaki blok aku sedang berpusu-pusu menuju ke kelas melalui laluan beratap yang menghala ke blok-blok kelas. Kelihatan senior-senior perempuan ade yang berpayung, melindung kepala dengan buku, dan tak kurang juge yang 'selamber badak' je jalan ala-ala model catwalk. Hehe..

Hujan masih renyai.

Aku menuruni anak tangga sehingga tiba di tingkat bawah. Lantai blok sangat licin. Air hujan melimpah segenap ruang lantai koridor. Sandal cap 'Hawaii' aku yang agak 'botak' itu kadangkala membuatkan aku tidak keruan mengawasi setiap langkah kaki.

Aku melintasi vending-machine ('air kencing robot'), bahagian belakang dorm A3, dorm A2 dan seterusnya sampai di pintu dewan makan. Suasana dewan makan agak riuh tatkala sudah ramai pelajar-pelajar yang dikehendaki menjalani DC ini tiba lebih awal. Seperti yang dijangka, bilangan pelajar lelaki mengatasi jumlah pelajar perempuan.

Aku terus mencari tempat duduk yang strategik berdekatan dengan pintu dewan makan. Meja dewan makan yang bersalut aluminium itu sedikit berminyak. Aku mengibas-ngibas meja menggunakan buku lalu duduk. Aku menyertai meja yang menempatkan kelompok abg Shahril (Senior Form 3, Dorm A11), Muhammad (kelas 2S) dan Pian (kelas 2R).

"OK, Senyap sikit. Kelas DC akan bermula sekarang sehingga tamat waktu prep. Tolong tandatangan di borang kehadiran yang telah diedarkan sebentar tadi." Suara nyaring Kak Nazilatul Wahiba (Pengawas Form 4) menyebabkan seisi dewan senyap. Turut bersamanya ialah 2 orang lagi pengawas senior perempuan. Mereka ditugaskan untuk 'menyelia' kami dan duduk di bahagian 'pentas' yang agak tinggi sedikit di bahagian belakang dewan makan.

Detention Class (DC) merupakan antara 'denda' yang wajib dilalui oleh pelajar-pelajar Bainun sekiranya markah terkumpul merit kurang daripada 80 markah. Sistem Merit dan Dimerit yang berasaskan kepada penambahan dan penolakan 'point' memfokus ke arah pembentukan disiplin serta sahsiah para pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar yang menjalani DC tidak akan dibenarkan'outing' pada minggu tersebut. Heh. Namun, setiap pelajar mempunyai peluang untuk 'menambah' point melalui kerja-kerja kebajikan seperti membasuh bas sekolah, menyuci kereta warden, menolong guru dan lain-lain lagi.

Aku sebenarnya agak terkejut tatkala mendapat tahu yang nama aku ‘naik’ untuk DC pade minggu ni. Antare kesalahan yang menyebabkan markah merit aku banyak ditolak ialah tidak memakai nametag, kuku panjang, tidak memakai stokin dan tidak membasuh kasut sekolah. Haha. LOL!

Peta Asia Tenggara yang dilukis dari tadi hampir siap. Kini cuma tinggal bahagian untuk memplot kawasan-kawasan petroleum yang utama sahaja. Bahagian helaian bawah buku yang terlipat ala-ala 'telinga anjing' diluruskan menggunakan pembaris. Sambil menyiapkan nota Geografi, aku berbual-bual dengan abg Shahril, Pian dan Muhammad.

"OK, semua boleh bersurai".

"Ahoy!, cepatnye rase.. Dah habis dah DC..". Kataku sambil mengemas-ngemas buku dan memasukkannya ke dalam beg. Kerusi plastik putih ditolak ke bawah meja. Di luar dewan makan kelihatan sudah ramai pelajar menunggu untuk lunch. Al-maklumlah, hari ni hari Sabtu. Lazimnya, menu makan tengah hari hari Sabtu agak 'special' dan dinanti-nantikan oleh setiap warga Bainun.

"Sretttttt....... Srettttttt ...."

Jeriji besi kaunter Dewan Makan ditarik dan dibuka oleh pekerja Dewan Makan (Kak Nab). Serentak dengan itu,  ratusan pelajar berlumba-lumba menghala ke dewan makan bagi memastikan diri mendapat tempat yang hadapan dalam line. Aku juga turut menyertai mengambil tray dan beratur. Nasib aku agak baik kerana aku, Jamil, Appan, Amirbad dan Chiko antara yang terawal sampai di dewan makan.

"Emmm... Sedapnye nasi minyak ni. Tapi ayam dier liat sikit laa."

Nasi minyak, ayam masak kurma, sayur jelatah, air oren, tembikai dan ais-krim menjadi lauk makan tengahhari hari itu. Sangat puas bile dapat menikmati lauk-pauk istimewa yang lain berbanding hari biase. Aku menghabiskan suapan nasi yang terakhir. Tulang-temulang ayam itu juga dihisap-hisap. Seperti biase, ais-krim cup perisa vanilla itu menjadi santapan terakhir. Sudu kayu kecil digores-goreskan di atas permukaan ais-krim lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Nyumm... nyum... Sedapppppp..."

bersambung............

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Thursday, February 19, 2009

Episod 19: ‘Paranormal’ di Bainun

Sekitar tahun 1998
Lokasi: Kelas 2M, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Malam. 8.20 malam.

"Wehh, nak tau tak, ade akak senior bagitau malam tadi ade orang nampak kelibat Ustazah Nasriyah kat tingkat 2 Aspuri Blok C. Padehal waktu tu kite semua tengah prep. Ustazah Nasriyah pun mase tu elok je ade kat area kelas Tingkatan 3"

Cerita yang keluar dari mulut Masdilla (Dole') menarik perhatian aku untuk mendengarnya dengan lebih lanjut lagi. Buku latihan Bahasa Inggeris dibiarkan terbukak di atas meja. Lantas, kerusi di tarik dan diheret menuju ke arah meja kumpulan Masdilla. Turut serta ialah Zuhaili (Ely), Hisham (Sayong), Shazni (Parotek) dan Zatil.

"Betul ke Dole'?" Tanye aku serius.

"Betul laa.. Ni pun akak dorm aku bagitau. Seram wehh.." Balas Masdilla.

Masing-masing terdiam. Riak cuak dan takut mula terbit di setiap wajah ketika itu.

Di muka pintu kelas, kelihatan Maizatul Kamaliani (kelas 2R) sedang berbual-bual dengan Ilyani (Yani). Kelibat Wan Azmalina (Wantut) yang kebetulan lalu pada mase yang sama di hadapan koridor kelas kami mengundang usikan sorak-sorai oleh Rosikhwan (Ekong) dan Satria.

"Ape cite ni weh? Nak dengar gak". Zulkarnain (Che' Bu) secara tibe-tibe mendekati kelompok kami. Lengan baju Melayunya yang berwarna coklat tua itu disenteng.

"Cerita la Dole'.." Pinta Che' Bu.

Masdilla kembali meneruskan 'ceritanya' itu.

"Yang tak tahan tu kan, akak tu cakap orang tu nampak Ustazah Nasriyah pakai baju jubah serba putih. Jalan 'straight' ja. Macam tak de kaki".

Aku menelan air liur. Cerita itu semakin membuatkan bulu roma ini menegak.

"Ustazah naik skate board kot.. Haha!" Che' Bu berseloroh.

'Piappp!' Satu pukulan buku teks Sejarah hinggap di bahu Che' Bu.

"Hang ni kan Zul.. Main-main la.. Orang cakap serius ni.." Getus Masdilla.

"Orait.. orait.. Sori.. sori.. sori la si Bangle'".

Kami berlima terus mendengar penceritaan Masdilla itu. Masing-masing memberikan pendapat, seolah-olah menghasilkan satu konasi yang cukup meng'extreme'kan. Secara tidak semena-mena, semua kisah 'hantu' yang diketahui dikongsi bersama.

"Kat Blok A pun sekarang aku dengar hantu Ruby dah mule ade balik. Naik seram bulu roma aku kalau tetibe je terbangun tengah malam lalu depan surau tu nak pi kencing". Ujar Sayong sambil membetulkan butang baju Melayunya.

"A'ah.. Tahun lepas lagi laa.. Aku dengar senior Form 5 mase kite Form 1 dulu, abg Yusni Ketua Dorm A9 tu ade 'bertegur' dengan Ruby ni mase dia tengah sujud solat Isyak.. Seram siottt!" Aku menambah.

"Yang cerita ade orang terjumpa bayi takde kepala kat tandas tingkat 3 tu lagi laa.. Huuuu... Cuakkk.." Ely bercerita dengan penuh perasaan. Masing-masing melihat antara satu sama lain. Di luar tingkap kelas, malam semakin pekat.

Memang benar, sejak aku masuk ke sekolah ni, macam-macam cerita 'hantu' aku telah dengar dari senior-senior. Pada mulanya aku tak ambik 'port' sangat, tapi bile dah selalu disogokkan dengan cerita-cerita sedemikian, rasa seram sedikit-sebanyak menghantui juga. Cerita hantu paling popular tentulah cerita hantu yang melibatkan 'tandas'. Antaranya cerita tentang 'tangan yang terkeluar secara tiba-tiba melalui lubang mangkuk tandas', 'rambut menjadi panjang dan menggerbang ketika sedang disikat dihadapan cermin', 'pergi ke tandas semasa tengah malam bertemankan hantu', 'lampu tandas terbukak dan tertutup secara berkali-kali dengan sendirinya' serta macam-macam la lagi. Hmmm...

Walau apepun, aku tetap akan ingat pesanan Ustaz Asta Zawawi mengenai 'paranormal' ni; "Kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah juga perlu menghormati kewujudan 'mereka-mereka' di dunia yang fana ini. Alam ghaib itu ada. Janganlah kamu terlalu berani sangat, dan jangan juga terlalu takut sangat. Banyakkan berdoa, dan jangan lupa Allah Maha Berkuasa".

Tapi, tak dinafikan, kadang-kadang rasa kecut itu tetap ade, terutamanye kalau secara tibe-tibe je 'ter'bangun tengah malam sebab nak buang air kecil.. Tandas setiap blok dah la letaknye paling hujung sekali. Tak ke naya..

Cuba bayangkan... Andai terbangun ketika jam menunjukkan tepat pukul 1 atau 2 pagi.. Waktu di mana semua lampu dorm dipadamkan dan semua ahli blok nyenyak dibuai mimpi. Uuuhhh.. Serammmm... Sanggup tahan kot sampai masuknye waktu Subuh. Haha..

"Dah la tu weh, naik seram sejuk dah ni haa" Parotek terus meninggalkan kelompok kami dan menuju ke tempat duduknya. Kami berempat pun turut beredar dan duduk kembali di meja masing-masing.

Jam ditangan menunjukkan jam 9.25 malam. Aku meneruskan kerja-kerja menyiapkan latihan English - Comprehension yang tertangguh sebentar tadi. Pelajar-pelajar lain kelihatan amat tekun menyudahkan kerja sekolah. Yusma tekun menyusup benang dan jarum peniti untuk kerja jahitan subjek Kemahiran Hidup. Bekas besi coklat Van Houtten yang menempatkan alat-alat jahitannya itu diletakkan di atas timbunan buku-buku.

Namun, tidak tahu mengapa, fikiran ini masih terngiang-ngiang akan cerita-cerita hantu yang baru didengar sebentar tadi...

bersambung......

Originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Episod 18: Kelas Bahasa Cina (华文)

Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Kelas 2M, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

"Chilik (Bangun)... Sing Li (Hormat).. Lauserk, Chau An!!"

Kesemua ahli kelas 2M seraya bangun serentak, memberi tunduk hormat lantas mengucapkan "Selamat Pagi Cikgu" dalam Bahasa Cina tatkala Lauserk Chan Chee Wai melangkah masuk ke kelas. Lauserk nampak amat segak pagi ni; berbaju lengan panjang warna putih dipadankan dengan seluar slack hitam disamping tali leher polka dot berwarna merah-putih. Nametag yang tertera nama 'C.C.WAI' tersemat rapi di atas poket kemeja. Sehelai kain sapu tangan dikeluarkan dari kocek seluarnya. Peluh dimuka dilap.

"Chau an (Selamat pagi).. Cho (Duduk).. Dani, chi na li (Mau pergi mana)??'

Tanya Lauserk setelah melihat Dani secara tiba-tiba terus ke belakang rak buku.

"Nak ambil buku jap, Lauserk.." Dani menyengeh.

Aku mencapai buku latihan Bahasa Cina yang memang sudah tersedia dari tadi di tepi kanan meja. Di hadapan aku, Parotek kelihatan masih tergagau-gagau mencari buku latihannya.

"OK semua. Hali ini kita akan pergi turun itu bilik tayangan. Kita mau belajar lagu itu tajuk 'Kai Xin'. Boleh?"

'Slang' Lauserk yang unik dan mesra itu sememangnya sudah sebati dengan kami semua. Tidak dinafikan itulah antara salah satu faktor yang membuatkan Lauserk disenangi oleh semua pelajar yang mengambil Bahasa Cina sebagai subjek Elektif.

"BOLEHHHH!!!"

Gema jawapan yang kuat dan penuh bersemangat dari suara semua ahli kelas 2M membuatkan Lauserk kelihatan seolah-olah seperti berada dalam keadaan yang agak 'konpius'.

"Aiyaa.. Kamu ini ah. Senyap sikit lo. Ini nanti bising-bising, itu H.M dengar, kamu juga kena marah.. Aiyaa.. Ok, semua beratur di luar pergi turun bilik tayangan. Hafiz tolong tutup kipas.."

Sepantas kilat, semua sudah berada di luar kelas. Zuhaili (Ely) mendahului barisan pelajar lelaki, manakala Masdilla (Dole) mendahului barisan perempuan. Kami menyusuri kelas-kelas 2R, 2P dan 2B. Ketika melalui kelas 2P, aku terdengar suara Azmen (Mental) yang mengusik memanggil-manggil nama aku dengan kuat: "Muazam tuuu!!".

Kasut sekolah disusun rapi dihadapan pintu bilik tayangan. Aku lantas menerpa ke dalam bilik tayangan melintasi pintu pagar besi bilik tersebut.

"Ooii.. Sape bau cekam ni oii? Stokin tak basuh oiii.." Usik Che' Bu.

Pelajar-pelajar lelaki menuju ke kelompok kerusi di bahagian belakang bilik tayangan. Bahagian kerusi hadapan kosong. Aku seperti biasa duduk di sebelah Jamil dan Chiko. Ely, Sayong dan Che' Bu berada di belakang barisan kami.

Sambil mendengar penerangan dari Lauserk, aku curi-curi bersembang dengan Jamil. Mata aku ter-arah kepada Lauserk apabila Lauserk sesekali menyuruh semua senyap.

"Yang lelaki.. Kamu ini... Datang ke depan.. Duduk depan ini.." Pinta Lauserk.

"Tak nak la Lauserk. Kami nak duduk belakang". Balas Satria.

"Aiyaa.. Datang depan ini.. Buat apa duduk belakang.. Ini depan kosong..."

"Takpela Lauserk.."

Lauserk menggeleng-gelengkan kepala.

Tibe-tibe...

"POMMMMMMM!!"

Satu hentakan genggaman tangan oleh Lauserk dihempaskan ke atas meja. Semua mata tertumpu ke hadapan. Muka Lauserk pada ketika itu bertukar menjadi kemerah-merahan. Riak marah bercampur bengis jelas kelihatan di wajahnya.

"KELUARRRRRRRR!! KELUAAARRRRRR KAMU SEMUA!!!"

Satu lagi hentakan dilepaskan. Lauserk kemudiannya terus keluar. Kerusi biru yang diduduk oleh Lauserk terkulai jatuh ke lantai.

Semua ahli kelas kaget. Senyap. 'Clueless'. Serentak dengan itu, seorang demi seorang bergerak ke luar meninggalkan bilik tayangan. Masing-masing masih terkejut dengan insiden tadi. Tak pernah pun sebelum ini Lauserk naik angin sebegitu rupa. Kami mengatur langkah kembali ke kelas.

Di kelas, masing-masing mula menyalahkan sesama sendiri. Ade yang mencadangkan agar kami beramai-ramai pergi berjumpa Lauserk dan meminta maaf.

"Muazam, hang pergi la jumpe Lauserk. Jadi wakil.. Hang kan baik dengan Lauserk." (**Tetibe sangat kan?. Pitam sangat-sangat!.) ops*

"Tu la korang.. Degil.. Tadi Lauserk suruh ke depan tak mau.. Kan dah kena.." Awin mencelah. Masing-masing masih kelu. Kelu seribu bahasa.

Namun, ketika itu tiada apa yang perlu diungkitkan lagi. Bende dah jadi.

(paused).

Keesokan paginya, Lauserk masuk ke kelas seperti biasa. Syukur. Namun keadaan kelas pada pagi itu sangat kekok. Tidak semesra seperti biasa. Sepi. Hanya suara Lauserk berkumandang. Tiada gurau senda. Apatahlagi hilai-tawa.

"Moyasan (Muazam), ke mali depan ini.. Tolong kamu tulis itu 'yi sang' (doktor) di papan putih sini.."

Aku tersentak. Marker berwarna merah diunjuk ke arah aku. Aku ke depan. Dengan perlahan-lahan aku mula menulis tulisan 'yi sang' dalam Bahasa Cina seperti yang diminta.

"Xie xie ni men (Terima kasih)". Ucap Lauserk seraya menutup kembali penutup marker tersebut.

Sepanjang waktu Bahasa Cina, aku lihat semua ahli kelas 2M sangat menjaga kelakuan dan tatatertib. Semuanya mengikut ape yang disuruh. Bak kata omputeh: "Go with the flow.." Hehe. Risau juga kalau tak kena gaya nanti, Lauserk akan marah lagi. Hmmm...

Jauh di sudut hati, aku yakin, semua tidak bermaksud untuk buat Lauserk marah. Segala-galanya berlaku dengan spontan.

........ Maafkan kami, Lauserk!

bersambung.........

Originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Tuesday, February 17, 2009

Episod 17: ‘Outing’

Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Dorm A7, Blok A,  Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

"Weh, cepat la, lambat betul la mamat ni" Sungut Jamil kala melihatkan aku masih di sisi loker mengelap badan. Tuala warna belang-belang biru dan putih itu aku sidaikan di palang katil. Baldi kecil yang berisi ubat gigi, berus gigi dan sabun aku letakkan di atas loker.

"Jap laa, nak siap la ni. Hang pi tolong aku sat mintak tandatangan warden"

Kad kebenaran keluar outing berwarna merah jambu itu aku pass kan kat Jamil. Aku mengira-ngira jumlah duit di dalam dompet. Ade lagi RM30. Rasenye duit ni cukup kalau nak ber-shopping makanan (ration) sat lagi. Lagi pula petang semalam aku dah pun mengeluarkan RM10 lagi daripada Cikgu Rosnah Sam Che'; guru yang ditugaskan menjaga hal-hal berkaitan dengan simpanan wang pelajar-pelajar Bainun ketika itu.

Bedak Dashing aku hamburkan di segenap badan. Baju pagoda aku sematkan, lantas disusuli dengan pakaian seragam sekolah.

"Hang nak kuar outing ka? Pesan air kotak Dutch-lady sebundle"

Sekeping duit kertas hijau RM5 dihulur keluar dari dompet Kadok (Senior Form 3). "Kalau ade lebih duit tu, hang beli la ape yang patut. Mamee ke, cikedis ke.."

"Okeh." Aku terus menutup loker, mencapai beg dan meluru keluar dorm. Kelihatan Hizal Hanis (kelas 2R) sedang menunggu di luar dorm A8.

"Nak outing gak ke?" Tanyaku.

"A'ah. Tengah tunggu Haika ni" Hizal menjawab ringkas.

Aku langsung menuruni anak-anak tangga dan menerpa ke arah Jamil yang sudah menunggu di area pokok-pokok bunga yang terdapat di hadapan blok A. Mulutnya memuncung. Sesekali bunyi 'air kencing robot' (vending-machine) kedengaran.

"Hisshh, lambat betui la si Sunuy ni" Jamil mencebik. Kad kebenaran keluar outing dibagi pade aku. Aku memasukkan kad tersebut ke dalam beg. Kami berdua mengatur langkah menuju keluar pagar sekolah. Jam ketika itu tepat pukul 1.10. Matahari berada tegak di atas kepala. Kelihatan beberapa orang kakak senior Form 4 yang lengkap berpakaian batik turut berjalan kaki menghala keluar pagar sekolah.

Setelah meletakkan kad kebenaran outing di pondok pak guard, aku dan Jamil pun menapak dan melintas jalan untuk menunggu bas. Terdapat beberapa orang lagi pelajar turut mempunyai tujuan yang sama. Tidak lama selepas itu, kelibat bas Ipoh Shuttle yang berwarna biru pun tiba.

"Legaa.. Ahh.."

Aircond bas yang dingin nyata melegakan. Aku dan Jamil memilih untuk duduk di seat tengah. Perut bas ketika itu hampir penuh. Lagu 'Seksa' oleh Ukays mengisi halwa telinga para penumpang. Sepanjang perjalanan, aku sekadar melayan perasaan melihat panorama kampung Manjoi menerusi tingkap bas. Sungguh tenang. Bas menyusuri segenap ceruk kampung Manjoi, Manjoi Hardware, Juara Ikan Bakar dan kawasan-kawasan sekitarnya.

"Tingg.."

Bunyi loceng bas mengejutkan aku dari lamunan.

"Ok, Silibin.. Silibin.."

Kaki dilangkah menuruni bas. Aku mendahului Jamil menuju ke Kompleks Membeli-belah Billion, Silibin. Shopping Complex Billion ini lah antara 'hot-spot' bebudak Bainun kalau outing dedulu. Selain itu, shopping complex Yik Foong, Ocean, Super Kinta dan Ipoh Parade antara yang kerap dikunjungi. Pelbagai barang keperluan, baik dari makanan sehingga pakaian boleh diperoleh dengan mudah di sini.

"Aku nak cari minyak rambut jap. Jom pi situ jap." Jamil menarik aku ke bahagian yang menempatkan minyak rambut, shampoo, sikat, bedak dan talkum di tingkat 1. Poster dan banner 'Jualan Murah Diskaun sehingga 70%' mewarnai segenap pelosok Billion.

"OK, jom pi belah sane lak. Nak cari meggi buat stok ration".

Kami berdua menuju ke bahagian makanan. Di sini terdapat banyak rak-rak yang menempatkan biskut, air minuman, keropok, coklat dan macam-macam lagi. Aku lantas mencapai biskut oreo, sebalang 'torch borne' perisa pandan (a.k.a biskut panjang 'love-letters' tu), sebungkus meggi Cintan asam laksa, sebotol air Sarsi dan jugak sebundle air kotak Dutch-Lady seperti yang telah dipesan Kadok tadi. Tangan aku penuh mengenggam erat barang-barang tu sementara menunggu giliran untuk membayar di kaunter cashier. Jamil pula hanya membeli sebungkus Mamee, air kotak Milo dan sekaton meggi cup (meggi cawan).

"Ok lah weh. Jom balik. Aku pun dah settle dah beli barang ni sume.."

Tiga beg plastik dijinjit ditangan dengan erat. Langkah di arah keluar shopping complex menuju ke seberang jalan tempat menunggu bas. Sebelum melintas, aku dan Jamil sempat memesan cendol bungkus yang dijual di situ untuk dibawa balik.

Sambil menanti bas, aku menyedut-nyedut cendol yang dibungkus. Sesekali straw tersekat dek kacang dan bahan-bahan yang terdapat dalam ramuan cendol tersebut. "Srruuppp.. Srruuuppp.. Sedapppp..."

"Lambat betul la bas ni. Dahla panas ni." Rungut Jamil sambil tangannya mengibas-ngibas bahagian dada baju. Jam ditangan dilihat berkali-kali. Peluh yang mengalir di dahi dikesat. Butir-butir peluh seakan-akan manik juga terbit di bahagian atas bibir.

"Jom naik teksi je la Muazam. Tensen la lambat camni." Aju Jamil memberikan cadangan.

"Ok gak tu!". Plastik cendol dibuang ke dalam tong sampah.

Kebetulan terdapat 3 orang senior perempuan pun mahu pulang ke Bainun pade mase yang sama. Jadi, kami berlima pun 'tong-tong' la duit untuk tambang teksi. "Kuss, selamat..". Hehe. Kalau tak, mau kopak jugak duit ni.

Teksi berplat ABB 4561 menyusur jalan menghala ke Bainun. Perjalanan pulang terasa sangat pantas. Kami berhenti sebentar di pondok pak guard untuk mengambil balik kad kebenaran outing. Setelah itu, teksi lantas membawa kami ke dalam sekolah dan berhenti di hadapan dewan makan.

"Terima kasih ye pakcik". Pintu teksi ditutup. Baki tambang kami agih-agihkan disitu juga.

Aku dan Jamil menghala ke dorm. Di bilik rehat, kelihatan beberapa orang pelajar sedang tidur dengan nyenyaknya beralaskan kusyen di atas lantai. TV lantang terpasang.

Sesampainya di dorm, aku bingkas menyalin baju dan meletakkan semua barang belian tadi di dalam loker. Suasana dorm sungguh senyap. Hanya dengungan kipas di atas syiling yang kedengaran. Azmen, Chiko, Wanjish, Jackel dan Arif sudah lama lelap.

"Aaahhh.." Aku menguap. Badan terasa sangat penat. Masa untuk tidur.

bersambung.....

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Monday, February 16, 2009

Notasi Bergambar: Emmimians Girls

Kat bawah ni la antara 2 keping gambar bebudak pompuan kelas aku mase kat Bainun dedulu (Emmimians ‘97-‘99). Gambar ni pun aku rembat dari Friendster salah sorang budak pompuan kelas aku; Linda Bardi (Wak Lond). Thanks Linda! Ekeke. Tapi ralat sikit, gambar bebudak laki kelas aku takde. Haihh.. Tetibe rindu gile kat bebudak ni..

emmms 1

Awek-awek cun Kelas M

emmms 2  Prep Malam

“We shared the joy and pain together”

Episod 16: Perjumpaan Blok A (Aspura)

Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Blok A, Aspura, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

"Haihh.. Penatnye. Ngantok la pulak.."

Beg sekolah aku campakkan di atas loker. Lantas, badan pun di-'landing'-kan di atas katil. Cadar yang sebelum ini 'stim' (tegang) renyuk. Rase lega yang amat sangat bile dapat berbaring. Walaupun tilam ni keras kematu, tapi at least boleh gaklah kalau nak berguling-guling me-relaks-kan diri. Kedua-dua belah kaki aku dikuis-kuis di bawah selimut warna biru laut yang berada di hujung katil. Sesekali badan di-ngiringkan ke kiri dan ke kanan. Jam loceng ditepi bantal menunjukkan pukul 10.15 malam.

"Haa.. Dok fantasi la tu!"

Normin (Chiko) tetiba menerpa di sebelah tepi kanan aku. Tangan kirinya asyik menggosok-gosok hidungnya yang sarat dengan selsema. Bunyi dengusan hidungnya semakin menjadi-jadi.

"Banyak la ko fantasi. Aku ngantok la bhai.." Pintas aku.

"Weh ade meggi tak? Aku lapor la" Chiko bertanya seraya menggosok-gosok perutnya. Rambutnya yang kerinting ala-ala rambut sapok tu kelihatan amat keras dan berkilat. Jelas berbau aroma minyak rambut Tancho.

"Ade.. Pi la tengok kat beg balik kampung aku kat dalam loker umum tu. Bukak zip tepi belah kiri. Meggi ade dalam tu".

Chiko lantas menerpa ke loker umum.

“Wahh, meggi kari… Best! best!!”

Di ambilnya meggi, bekas tupperwear dan garfu lalu menapak ke luar dorm. "Taruh sikit kuah meggi tu nanti weh, aku nak!" Pinta aku. Di celah-celah katil aku dapat melihat Abg Fazreen (Jackel) sedang asyik melayan walkman. Lagu "Paint My Love" yang dinyanyikannya membingit suasana. Sesekali tangannya seolah-olah seperti sedang ber-'jamming'.

"Weh korang, sume turun ke Bilik Menelaah sekarang. Kimi nak jumpe sume budak blok"

Kelibat Kadok (Senior Form 3) yang membawa botol penuh berisi air milo panas mengejutkan kelopak mata ni daripada terus lelap. "Betui ke Kadok?" Tanye Abg Fizi (Senior Form 4) menginginkan kepastian. Ditangannya memegang komik Dragon Ball. "Ye ar.. Form 1, Form 2.. Ape lagi, cepatla turun.." Suara garau Abg Al-Shazanous secara tibe-tibe mencelah.

Baju sukan lengan pendek rumah kuning (Arjuna) yang sedia tersangkut di dalam loker aku capai lalu dipakaikan ke badan. Setelah mengunci mangga pintu loker aku terus turun ke tingkat 2 mengarah ke bilik study (bilik menelaah). Setibanya di bilik study, sudah ramai rupanya ahli blok yang sudah berkumpul di situ. Suasana sangat bising dengan sorak-sorai dan suara-suara para penghuni. Aku menyertai kelompok bebudak kelas aku; Elly, Sayong, Amirbad, Appan, Khalili, Syah dan jugak Jamil. Kelihatan Shahidan (Idan), Zahuri (Urie) dan Syamim (junior-junior Form 1) sedang rancak berbual di tepi satu sudut meja study.

"POM!! PANGG!! POMMM!"

Bunyi hentakan kayu penyapu di pintu hadapan bilik menelaah membuatkan segalanya sepi. Kelibat Abg Kimi (Ketua Umum) dan Abg Amri (Senior Form 5) mengundang semua pasangan mata tertumpu ke arah mereka. Abg Pengkor (Senior Form 4) menyusul kemudian.

Dengan keadaan bercekak pinggang, Abg Kimi seraya bertanya:

"Aku meluat la dengan korang ni. Aku tanya baik-baik haritu, takde sape yang nak mengaku.. Korang memang suke kot kan nak tengok aku mengamuk? Haa?!! Suka?!!! Baik ngaku la woi sape yang curi duit tu!!!!"

Masing-masing senyap. Menikus. Semua mata masih lagi tertumpu ke arah susuk Abg Kimi.

"Ngaku la woii.. Bangun sape yang curi tu! Ingat sikit, makan duit haram tak berkat!!" Abg Amri lantang bersuara. Raut mukanya jelas menampakkan riak bengkek.

"OK!! Kalau takde sape yang mengaku, kita semua akan baca Yaasin. Biar panas sikit makhluk yang mencuri tu. Semua pi ambik Yaasin sekarang!."

Surah Yaasin diedar. Bakul kecil yang berisi surah Yaasin bergerak dari satu tempat ke satu tempat merentasi riba para penghuni. Aku juga tidak terkecuali.

"Rapat ke depan sikit ni" Arah Abg Pengkor. Aku mengesot ke hadapan sedikit. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain. Di bahagian dinding, tertera tulisan mural "Knowledge Is Power".

Karpet kuning kehijauan di bilik menelaah kian menampakkan keuzurannya. Terdapat banyak kesan koyakan dan lubang-lubang di karpet. Aku menguis-nguis karpet dengan kunci loker.

Helaian Surah Yaasin dibelek.

Setelah semuanya sedia, surah Al-Fatihah pun berkumandang dan seterusnya bacaan Yaasin dimulakan...

"Yaasin... Walquranil hakim.. Innakalaminal mursalin.. "

bersambung.....

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Saturday, February 14, 2009

Episod 15: Peperiksaan Pertengahan Tahun

Sekitar tahun 1998
Lokasi: Kelas 2M, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun

Pagi itu perut ini hanya di alasi roti cicah dengan kuah sardin. Namun, tekak ini seolah-olah loya. Kuah sardin yang pekat dan berwarna merah itu tidak dapat dihabiskan. Mungkin kerna fikiran ini asyik 'merayau' memikirkan soalan-soalan peperiksaan yang bakal menyusul sebentar lagi. Buku nota Fokus PMR Sejarah aku letakkan diriba. Sambil makan, aku hanya berbual-bual kosong dengan Jamil dan Azmen. Sesekali kami cuba 'men-psycho' dengan menanyakan soalan-soalan Sejarah, Geografi dan Sains sesama sendiri.

"Ok weh, jom ahh."

Aku, Jamil dan Azmen bingkas meninggalkan dewan makan setelah selesai meletakkan pinggan dan cawan ke dalam bekas yang telah disediakan. Kelihatan Sayong dan Nazri (E), sedang beratur mendapatkan menu sarapan. Kelihatan juga Kak Fahitah (Senior Form 3) sedang menggunakan telefon awam yang terdapat di bahagian luar dewan makan.

Suasana pada pagi itu sungguh tenang. Nyaman. Angin yg bertiup menyemarakkan lagi rasa dingin. Daun-daun kering kelihatan telah banyak berguguran menghiasi rumput-rumput disekitar hadapan Astaka. Kelibat kereta Nissan biru Sir Alfred Wong yg meluncur laju mencuri tumpuan kami.

"Sudah makan ka?" tanya Sir Alfred seraya mengambil beg hitamnya dari pintu belakang kereta. Bunyi selambak kunci yang tergantung di tali pinggangnya menghasilkan satu alunan melodi yang tersendiri. "Dah Sir.." Jamil membalas. Kami berdua terus menapak menaiki anak-anak tangga menuju ke kelas. Azmen telah pun terlebih dahulu menghala ke kelasnya melalui tangga berdekatan dengan Bilik Muzik.

Setibanya di kelas, kelihatan Ilyani sedang menyapu sampah. Hanya 6 orang yang telah tiba awal pada ketika itu. Masing-masing khusyuk membaca buku di tempat masing-masing. Aku lantas terus menuju ke tempat duduk aku. Kedudukan meja aku untuk exam kali ni agak 'strategik'. Di tepi tingkap. (Hehe..) Di belakang Shazni (Parotek) dan di hadapan meja Zatil.

Daun tingkap aku buka luas-luas. Melalui bilahan tingkap itu aku dapat melihat dengan jelas  bangunan blok Tingkatan 5 yang antaranya menempatkan kelas 5S, 5M dan 5R. Aku meneruskan pembacaan nota Sejarah; topik Negeri-negeri Selat. Nama-nama penjajah dan pahlawan-pahlawan Melayu bermain-main diminda. Aku cuba untuk menghafal dengan menulis berulang-ulang kali di atas kertas conteng.

"Stand up..!! Good Morning, Teacher!"

Aku tersentak. Miss Rozie; guru Bahasa Inggeris kelas kami telah masuk. Dipangkuan tangannya sarat dengan kertas soalan peperiksaan.

"Good morning class. You may sit down. Ok, now, I want you to clear your table and please make sure only stationaries are allowed to be on your desk".

Aku menyapu-nyapu bekas habuk pemadam yang terbit di atas meja dan meniup-niupnya ke bawah. Majoriti ahli kelas 2M masing-masing sedang asyik menadah tangan membaca doa memohon restu Ilahi. Tak kurang juga ada yang sempat menghembus ke kiri dan ke kanan setelah berdoa. (Hehe..)

Kertas peperiksaan di edar.

Peperiksaan Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 berjalan lancar. Begitu juga untuk kertas yang seterusnya; Bahasa Melayu Kertas 2. Overall, bagi aku kedua-dua kertas tersebut not bad la.. Tak susah, tak jugak senang. Harap-harap result ok..

(paused.)

"Weh, cepat ah makan Muazam. Jom pi usha sat board PJK. Boleh tengok mane2 topik kot2 masuk kang".

Nasi lemak yg dipesan aku 'bantai' sehingga licin. Memang sedap nasi lemak kantin Ummi ni. Air oren disedut laju. Di sudut kaunter koperasi, Miss Lim sedang melayan para pelajar yang beratur membeli barang-barang keperluan mereka. Setelah mencampakkan pinggan dan cawan ke dalam besen, aku menyertai Jamil berlari-lari anak menuju ke papan kenyataan yang menempatkan nota-nota PJK. Nota-nota tersebut sebenarnya telah lama ditampal oleh Cikgu Ramli Abu Itam di situ. Cuma tidak berkesempatan untuk 'mentelaahnya' dari awal. Ahaks!.

"Tepi sikit weh. Tak nampak la".

Ramai betul pelajar-pelajar mengerumuni papan kenyataan tersebut. Macam-macam bau ade. (ops!*). Ada yang cuba menghafal fakta-fakta, tak kurang juga menyalin nota-nota di buku catatan. Mataku hanya melirik kepada fakta-fakta yang dirasakan penting. Nama-nama atlit, sistem kardiovaskular dan info sukan merupakan antara topik yang dikatakan bakal keluar untuk soalan kertas PJK selepas waktu rehat nanti ni.

Di kelas, kelihatan Zul sedang 'menyakat' Azwin Hidaya (Awin) di meja guru. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai mereka. Sambil menanti kertas PJK, kami berbual-bual, bergelak tawa, bersuka-ria sesama sendiri. Masdilla sedang asyik menikmati popiah goreng yang dibungkusnya dari kantin. shazni (Parotek) pula kelihatan sedang enak menikmati Twisties. K-oi dan Satria sedang berbual-bual duduk di atas bahagian rak-rak buku di belakang kelas.

"Bangun.. Assalammualaikum Cikgu".

"Wa'alaikumussalam. Ok, duduk." Cikgu Zulkifli (Cikgu Geografi) masuk lantas terus menghala ke papan putih. Marker Artline yang berdakwat hitam dicapai.

'PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN. 1 jam 15 minit. 11.00 - 12.15'

"Ok semua. Cikgu akan edarkan kertas soalan sekarang. Tolong tuliskan nama penuh dan kelas di muka hadapan kertas soalan."

Aku mencapai pen biru Kilometriko dan menulis nama diruang yang disediakan. Aku cuba melihat-lihat soalan sepintas lalu setelah diarahkan berbuat demikian. Terdapat 2 bahagian soalan; bahagian A merupakan soalan objektif sebanyak 30 soalan dan bahagian B pula ialah soalan struktur.

"Aduhh.. Menyesal aku tak baca abis artikel pasal Kejohanan Tenis Dunia tadi.. Hampagass.." Aku bermonolog sendirian. Rasa menyesal yang teramat sangat setelah mendapati terdapat soalan struktur yang banyak bertanyakan tentang info-info kejohanan tersebut.

"Kamu boleh mula sekarang. Kita akan ikut jam dihadapan ni. Mula jam 11, habis jam 12.15"

Arahan dari Cikgu Zul menghentikan lamunan. Kertas soalan PJK diselak kembali ke muka pertama. Dari soalan pertama, aku beralih ke soalan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.. Masa terasa begitu pantas berlalu.

"Masa sudah tamat. Letakkan pen semua".

Di akhir peperiksaan, aku tersenyum sendirian apabila melihat terlalu banyak 'lompang-lompang' kosong yang tidak diisi di bahagian soalan struktur. "Gasak aah.. Janji lepas."

Esok sudah pastinya menjanjikan kertas-kertas matapelajaran yang lebih mencabar. Matematik Kertas I, Kertas II dan Sejarah. Walau apepun, kepala ini terasa 'ringan' sedikit setelah selesai menjawab soalan-soalan untuk hari ini.

Langkah diatur laju menghala ke dewan makan. Berdasarkan info yang diberitahu oleh Elly tadi, menu tengah hari ini ialah nasi lauk ayam kurma. Hehe. Sudah tentunya aku tak nak ketinggalan untuk mendapatkan bahagian sosok ayam yang diingini. Kalau lambat, jawabnya tak merasalah...

bersambung.......

Originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Friday, February 13, 2009

Episod 14: Spot-check!

Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Kelas 2M, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun

"Woiii! Senyap la weiii! Bising laaa!!"

Suara lantang Erni Safura memecahkan suasana hening prep malam. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 yang berwarna biru dihempaskan ke meja. Hampir semua mata memandang ke arahnya. Tidak kurang juga yang sinis memerli, mencebik dan buat tak endah sahaja. "Ooiii.. Bajet cun woi.... Tau, takyah tunjuk!!". Sinis Zul. Kelas pada ketika itu sangat bising. Bunyi geseran kaki-kaki kerusi seolah-olah menambah lagi 'kemeriahan' kelas. Jam Boy London ditangan menunjukkan tepat pukul 8.10 malam.

"Wei Muazam, hang dah siap latihan Maths? Nak tengok!" Shazni (Parotek) mencelah. "Belum lagi laa.. ni nak buat laa ni." Kataku sambil tangan ligat mencari-cari buku latihan Matematik 2 di bawah meja. "Susahlah topik logaritma ni.. Pening aku.." Sungut Parotek. "Haa.. Rodok!!" Hisham (Sayong) tetibe bersuara. "Haha.. Nah rebus buku sifir empat angka ni, minum!!". Parotek mencebik. Aku sekadar memerhati gelagat mereka berdua. Selsema yang sejak dari semalam masih membungkam diri ini. Kadang-kadang sedikit sebanyak ia menimbulkan rasa kurang selesa. Adehhh..

Kelas prep malam berjalan seperti biasa. Masing-masing sibuk menyiapkan latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Radzali pagi tadi. "16 punca kuasa dua sama dengan empat. Empat punca kuasa dua pulak, emmm.. dua la..!!. Okeh. Settle!" Quraishah (Casper) yang sedari tadi tekun menyiapkan latihan Matematik lantas mencapai pula buku nota Geografinya. "Adehh.. Malaih betul la nak buat nota Geog ni." keluh Casper. Lengan baju kurungnya disentengkan. Pen berwarna hitam ligat 'menari-nari' di atas buku nota Geografinya.

Tiba-tiba..

"OK, semua pelajar dikehendaki balik ke blok asrama masing-masing. Sekarang!!" Kelibat para pengawas Tingkatan 5 (Abg Kimi dan geng-gengnya) memecah suasana.

"Aisehh.. Spot check la niii.." Lokman kelihatan sugul. "Haa?? Spot-check? Betul ke wei? Kalau betul,  abislaa surat-surat cintan aku weii!" Rahmah (Ema) kelihatan risau. Aku terus mengemas buku-buku dan menyimpannya di dalam laci meja. Kotak pensil geometri yang merangkap pensil box aku campakkan ke dalam beg sekolah di tepi kerusi.

"Dah.. dah.. dah.. Cepat semua balik ke asrama masing-masing!!!" Suara nada tinggi Abg Kimi sekali lagi membuatkan semua pelajar terpinga-pinga. Semua masih berada dalam keadaan 'clueless'. Aku, Jamil dan Chiko terus menapak menuju ke Blok A. Suasana pada ketika itu sangat kelam-kabut. Rata-rata pelajar bergerak dalam gerombolan besar menuju ke blok asrama masing-masing. Tapak langkahan kecil kami diperbesarkan. Chiko kelihatan berlari-lari anak mendahului aku dan Jamil.

Setibanya kami di Blok A, kelihatan sudah ramai penghuni-penghuni blok yang telah memenuhi gelanggang tenis yang terletak berhadapan dengan blok ini. Kelibat Cikgu Shukri (Cikgu Syuk), Cikgu Odin dan Ustaz 'Ronggeng' menambahkan rasa 'misteri'. "Muazam, Jamil, sini laa!!". Jeritan Abg Fazreen (Jackel) mengarah tapak kaki kami ke barisan dorm A7. "Hishh.. lambat! Pumping 10 kali!" seloroh Kadok (Senior Form 3).

"OK semua.. Tolong diam dan duduk dalam barisan. Ketua dorm tolong check ahli kamu cukup ka dak!" arah Cikgu Syuk dalam loghat Kedahnya. Kelihatan Cikgu Samsudin (western) memberikan arahan kepada dorm-dorm untuk naik ke blok mengikut giliran. Suasana samar-samar gelanggang tenis hanya ditemani dengan lampu-lampu koridor blok yang siap siaga terpasang.

"Next.. Dorm A7!!"

Abg Radzi (Senior Form 4) mendahului barisan dorm aku. Sepanjang perjalanan menaiki anak-anak tangga, mulut semua ahli dorm seakan-akan terkunci. Masing-masing senyap. Melayan perasaan, barangkali.

"OK, berdiri di tepi loker masing-masing. Bukak loker".

Kayu 'chotta' yang berwarna coklat di tangan Cikgu odin membantunya menyelongkar semua isi yang terdapat dalam loker. Matanya ralit memerhati setiap satu isi yang terkandung dalam loker tersebut. Loker Umum; loker yang menempatkan beg-beg balik kampung juga turut tidak terlepas daripada digeledah.

"Haa.. dapat dah ni satu mangsa. Ni, surat cinta ni..!!"

Suara Ustaz Abdullah menarik minat semua ahli yang ade di dlm dorm pada masa itu. "Wahh, berbunga-bunga ayat ni.. Hebat kamu ni. Kamu dah gatal sangat ye nak kahwin ni? Belajar pun tak abis lagi, ade hati nak tanggung anak dara orang."

Salah sorang senior dorm aku 'terkantoi' on the spot surat-surat cinta nye. Abg Fauzan (Ketua Dorm) hanya menggelengkan kepala. Selambak surat cinta yang 'terperam' di dalam bekas balang 'torch bone' diambil oleh warden. Nama senior itu juga diambil untuk tindakan selanjutnya.

"Masak la aku.. Aisehh.."

"OK, semua boleh turun ke dewan makan. Tutup lampu dan kipas naa.."

Setelah itu, kami semua pun bergerak ke dewan makan. Di dewan makan, pelbagai cerita 'kantoi' dapat didengari di segenap pelosok dewan makan. Seperti yang dijangka, kebanyakannya kantoi surat-surat cintan, rokok, seluar jeans dan lain-lain lagi. "Aku dah selit surat tu baik punya bawah katil pun kantoi gak.. Hampess laa.." keluh salah seorang senior Form 5 dorm A2.

Air teh panas diteguk. Bubur kacang habis separuh dijamah. Separuh lagi terus menjadi penghuni tong sampah besi dewan makan tersebut. Jam di dinding dewan makan menunjukkan tepat jam 10.15 malam.

"Jom pailut!!". Aku dan Jamil lantas terus melangkah pulang ke dorm...

..........bersambung

Originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Thursday, February 12, 2009

Episod 13: ‘Mr. Postman’

Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun

"Psstt.. pstt..!"

Kelihatan kelibat Abg Fuad (Senior Form 3) di sebalik tingkap dorm. Aku yang tika itu sedang siap berkemas mahu ke prep malam terbantut sebentar. Beg sekolah cap PUMA kaler hitam itu lantas dicapai dan diselimpangkan ke bahu. Sambil mencari-cari sandal di bawah katil, mata aku melilau mencari songkok.

"Ni ha songkok hang! Cepat, abg Pued dah tunggu tu. Nak bagi surat la tu!" sinis Jamil.

Jamil mendahului langkah menuju ke luar pintu dorm. Kelihatan Abg Al-Shazanous (Senior Form 4) masuk ke pintu bilik dorm melalui pintu belakang sambil tangannya ligat bermain yo-yo. Normin, Azmen, Uni dan Wan sudah lama beredar ke kelas prep malam.

"Ha, ade ape Abg Fuad?"

"Ni ha, tolong bagi kat Maz ek". Seperti biasa, sepucuk surat dihulur.

"OK!". Surat tadi itu aku masukkan ke dalam kocek baju Melayu yang paling atas.

"Jangan lupe kirim salam!".

Aku mengangguk. Aku lantas menuju ke arah Jamil yang sudah sedia menunggu di tangga sebelah dorm A9. Amirbad juga turut serta; lengkap berpakaian baju Melayu serba biru. Kami bertiga terus mengatur langkah. Sepanjang menyusuri bilik komputer dan kelas-kelas tingkatan 3, kelihatan kelibat Cikgu Odin sedang ralit mundar-mandir dengan rotan panjang di tangan kirinya.

"Ni.. Cepat sikit naa.." gertak Cikgu odin dengan 'slang' nya yang tersendiri.

Langkah kami dipercepatkan. Kelihatan pelajar-pelajar kelas 2S sedang beratur dihadapan Makmal Komputer untuk kelas Literasi Komputer (LK). Aku, Jamil dan Amirbad melintasi papan-papan kenyataan unit beruniform, menyusuri anak-anak tangga dan seterusnya menerjah ke pintu kelas 2M.

"Nah Maz. Surat cinta untuk hang".

Maz yang ketika itu khusyuk membuat latihan Matematik tersenyum. Tudung hitam yang dipakainya diselimpangkan ke atas bahu. Manik-manik yang terdapat pada tudungnya berkilau menambahkan seri. Jelas terpancar bibit riang terbit di muka Maz. Satria Ashraff yang sejak dari tadi duduk di meja Rosikhwan (Ekong) kelihatan leka bergendang. Sementara itu, Erni safura sedang rancak berbual dengan Masdilla dan Zatil. Entah ape lah yang disembangkan oleh 3 orang gadis pingitan Grik tu.

"BOi.. boi.. boi..!!" Kelibat Elly (Zuhaili) masuk ke kelas dengan gaya seolah-olah sedang bermain 'snare-drum' mencuri tumpuan. Shaharmi (Shah) yang baru sahaja sampai ke kelas kelihatan sedang mengunyah lolipop.

"Syok la tu kan dapat surat dari pakwe, Maz!". perli Zulkarnain yang secara tiba-tiba melintas dibelakang kerusi Maz.

"Sibok la hang!". Maz mematikan perbualan. "Eleh.. Eksyen! Kodut!!" ops*

Keadaan kelas 2M yang tadi riuh rendah tiba-tiba senyap. Kelibat Ustazah Nasriyah yang lengkap berjubah warna maroon dan ayu bertudung labuh sangat sinikal memandang setiap gerak-geri pelajar. Aku juga menjadi 'kaku' sebentar dek tadi leka bersembang dengan ahli kumpulan CL (Coperative Learning) - Quraishah dan Shazni. Sayong (Hisyam) pula berada di meja guru sedang meneliti borang PROSUES. Nasiblah tidak lama selepas itu, Ustazah Nasriyah beredar menuju ke kelas 2R pula.

"Zatil, makan ape tu? Nak sikit!" Zul mencelah. Mulut Zatil mengembung mengunyah gula-gula asam madu. "Dah habis!". balas Zatil. "Kedek la Zatil!! Cubit hidung!".

Untuk prep malam ni, aku cuma mengemaskinikan nota Geografi yang diberikan oleh Cikgu Zulkifli. Topik bentuk muka bumi Asia Tenggara yang sedang di ajar ni merupakan satu topik yang agak sukar. Terlalu banyak sangat fakta yang perlu dihafal. 'Hacienda' lah, 'Kenaf' lah.. Aihhh..

Prep malam dirasakan begitu cepat berlalu. "Dah tu wei, jom balik!!" kata Awin dengan penuh semangat. Suis lampu dan kipas dipadam. "Woooiii!!". Keadaan menjadi riuh apabila terdapat pelajar perempuan yang masih didalam kelas. "Pasang lampu balik!!" jerit Ilyani.

Sebelum balik, seperti biasa;

"Nah, bagi kat dia tau. Kirim salam ek. Hikhik!". Maz menghulurkan sekeping surat berwarna pink.

"Upah??" kataku sinis.

(paused)

Di dewan makan kelihatan pelajar-pelajar sudah mula berbaris memenuhi kaunter.

"Alah, biskut mentega ni lagi..." keluh Amirbad. Dua keping biskut mentega menjadi santapan perut semua pelajar Bainun pada malam itu. Setelah mengisi cawan plastik dengan air milo panas dari balang besar yang diletakkan di tengah-tengah dewan makan, kami pun bergerak ke luar ke bahagian tepi dapur dewan makan. Air milo yang panas itu diteguk perlahan-lahan. Sudah ramai juga rupanya pelajar-pelajar yang dah pun settle menjamah 'dinner'. Mereka menuju ke bahagian tong sampah besi di hujung dewan makan dan mencampakkan cawan plastik ke dalam bekas yang disediakan.

"Nah, ambik sikit air aku ni. Aku tak larat nak abis". Kata Jamil sambil menuangkan sebahagian air milonya ke dalam cawan plastik aku. Kepulan asap yang keluar dari cawan itu jelas 'menceritakan' darjah kehangatan air tersebut.

Selepas itu, kami pun bergerak menuju ke dorm. Dalam perjalanan ke dorm, kami bertembung dengan Ariff, junior Form 1, kelas 1S.

"Abg Muazam, ni ade surat dari Rosma. Dia kirim salam kat abang".

(OPPS*** Aku lari dulu naa.. TEKSI!!)

bersambung................................................

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

p/s: AL-FATIHAH buat Arwah Rosma Nadia bt. Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah...

Wednesday, February 11, 2009

Episod 12: Dorm Terbuka Hari Raya!

Sekitar Tahun 1997.
Lokasi: Dorm A7, Blok A, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Nah, ambik kad2 ni..bawak masuk dlm dorm". arah Abang Confuse (Pen. Ketua Dorm) kepada aku tatkala terserempak dengannya di hadapan tangga. Dia lalu pergi menuju ke arah toilet. Sambil membelek2 kad2 hari raya 'hand-made' yg telah difotostat tersebut, aku mengatur langkah rapi ke perut dorm A7.

"Weh, mai sini..tengok kad2 ni..lawa siot!".

Kumpulan Jamil, Chiko & Mental yg sedari tadi khusyuk bermain permainan Saidina serta-merta menerpa ke arah aku. Tangan mereka rakus mengambil kad2 tersebut.

"Haha..awat gambar aku nampak gigi dua batang ni? Hampeh.." Normin mencebik. Kami hanya tergelak sinis.

"Ermm..hensem gak aku dlm lukisan ni.." ujar Jamil bangga tatkala melihat2 potret 'lukisan' dirinya itu.

"Haha..hensem apeke bendenye..'Tandoori Payat' tu!!"..sinis Uni..

"Dah2..bak sini kad2 tu..ni, abg Confuse suruh kita lipat kad2 ni, then tandatangan kat setiap gambar2 karakter kartun kita.." arah aku setelah melihat mereka begitu asyik 'melayan' kad-kad terbabit.

************************************************************ **

Malam.

"Wei, tolong angkat loker ni"..

aku yg sedang sibuk mengelap cermin tingkap seraya ke arah Abang Fizi & Kadok yg berkerah menyusun loker2 membentuk formasi 'Bentuk V'..Abg Zairul & abg Al-Shazanous (Senior Form 4) masih buntu membincangkan formasi katil2 ahli2 dorm supaya kelihatan menarik di pagi hari terbuka esok pagi.

"Ha..aku ada idea..ape kata kita letak radio kat bawah meja, lepas tu cover kan dgn selimut..kire mase org datang dorm kita nanti, mesti terkejut dengar lagu ade, tapi radio tak de!" aju Kadok kepada Abg Kamil, (Ketua Dorm). Abg Kamil yg sedang mengunyah biskut Torch-borne perisa Vanilla pada ketika itu hanya membisu.

"Chantek!!". pintas Abg Efi (Senior Form 2) yg secara tiba2 muncul dengan Majalah Ujang di tangannya.

"Assalammualaikum..Nah, kad raya!" Kelibat Amir Bad yg menyerahkan kad hari raya dormnya, A9 menyemarakkan lagi suasana pada malam itu..

"Wah..meriah2!"..aku bermonolog tatkala melihat kad2 hari raya yg rata2nya 'hand-made' dari dorm2 lain, termasuklah dari dorm2 Aspuri. Aku & Jamil lantas 'menganalisis' kad2 raya yg mempunyai gambar2 rakan2 se-kelas kami..dan, seperti yg diduga, bermulalah sesi 'pengkritikan-para-juri-tak-bertauliah' yg berlangsung hampir setengah jam..*hoho.

"Ha, ape lagi..keluarkanlah kuih2 raye..susun atas meja!". bentak abg Kamil. Kami, pelajar2 Form 1 lantas pergi menuju ke loker umum dan mengeluarkan segala kuih-muih yg terdapat dalamnya; hasil sumbangan drpd setiap ahli2 dorm. Kuih2 tersebut kemudiannya disusun rapi2 di atas kepingan pinggan2 kertas. Setelah itu, ia diletakkan di atas 'meja' yg diperbuat daripada 'loker yg telah ditumbangkan'.

"OK! Light off. Form One ape lagi?!..atas katil ar!!..".

Keenam2 kami bingkas bangun dan mengarah ke katil masing2.

Lampu dipadamkan.

************************************************************ ***

Pagi.

"Uuuh..sejuk gile.." Normin kelihatan terketar2 sambil mengelap badannya di tepi loker. Aku & Jamil yg telah bersiap lebih awal masing2 menjalankan tugas membersihkan dorm.

"Hishh..Banyak betul laa sampah arini..!" getus aku sendirian. Plastik2 pembalut mee maggie yg berselerak dengan banyaknya di bawah2 katil merumitkan lagi keadaan. Kelihatan abang Kamil (Ketua Dorm) yg sudah segak berpakian baju melayu lengkap sedang membuat 'last-touch-up' terhadap rambutnya yang berjurai2 itu.

"Ha..Form One, ape tunggu lagi?? pergi lah Dewan Besar.."

"OK". Kami bertiga lantas bergerak menuju ke Dewan Besar. Uni, Wan & Mental tidak menyertai kami, kerna mereka telah pun pergi lebih awal bersama klasmate mereka masing2. Suasana pada pagi itu sungguh meriah. Terasa seperti berada pada pagi '1 Syawal'. Semua pelajar segak berpakaian serba 'baru'. Pelajar2 lelaki dengan baju Melayu-nya, manakala si perempuan ayu berbaju kurung.

"Pheewiit! Cun siot awek yg sedang melintas tu". Usik Normin tatkala kami terserempak dengan Yusma & Aina (rakan sekelas kami) yg kebetulan sedang berjalan di kawasan depan Astaka.

"Memang cun pun!". jawab Yusma selamba.

Di Dewan Besar, bunyi riuh rendah para pelajar diwarnai dengan warnap-warni pakaian di baju masing2. Kelibat Tuan Pengetua, En. Hussin Kamdi dan para guru 'melenyapkan' terus hiruk-pikuk pada pagi tersebut. Majoriti para pelajar secara 'automatik'nya menikus. Setelah hampir 1 jam 30 minit mendengar 'amanat' dari Tuan Pengetua dan ucapan2'Selamat Hari Raya' daripada guru2, kami pun bersurai meninggalkan dewan.

(paused.)

Di Dorm A7.

"Weh, pukul bape nak gi melawat Aspuri ni?. Tak sabar dah ni..".

"Jom ah!" pintas Jamon yg ketika itu sedang membetulkan sampin kain pelikatnya yg terlucut.

Aku, Jamon & Chiko mengatur langkah menyusuri bahagian koridor Dewan Makan dan masuk melalui pintu pagar Aspuri. Suasana di Blok B pada ketika itu sarat dengan penghuni2 Aspura yg kelihatan agak rakus mengunjungi bilik2 dorm pelajar2 puteri.

"Haa..Jamil, Chiko, Ajam..mai lah masuk bilik Yani..jgn segan2"

tegur Yani, (klasmate kitorang) yg pada ketika itu kebetulan sedang membetulkan langsir pintu dormnya.

"No problemo!"

Kami bertiga masuk seraya duduk bersila dikeliling meja. Kipas di siling ligat berputar. Mata kami liar meneliti segenap inchi bilik. Nasib kami agak baik, kerna pada ketika itu, hanya kami sahaja yg menjadi 'tetamu' dorm B5 terbabit.

"Jemputla minum..makan kuih2 tu" Tangan Yani ligat membuka semua penutup2 tupper ware yg berisi kuih-muih. Air anggur yg sarat terkandung di dalam jug di tuang kedalam cawan kertas.

"Sedap siot kuih makmur ni..Nak tapau leh?" ujar Normin berseloroh. Yani mencebik.

"Dah ke mana kome berjalan tour nye? Sakan ye..!!" Yani memulakan bicara.

"Ni baru 1st dorm ever!.Haha." Aku menjawab.

"Banyak lagi dorm2 yg kami nak terjah!. Tadi ingat nak pi dorm Linda, B1..tapi mane entah si Londe tu.."

"Yani tak pi Aspura ke?" tanya Normin.

"Malas!. Nak buat ape pun..". Lapik meja yg kelihatan berjuntai2 itu disisip rapi.

"OK la Yani..kitorang chow dulu..nak pi Blok C lak..nak pi jenguk dorm Shazni, Awin, Aina, Syuma..haha."

Yani menggeleng2 kan kepala.

"Duit raye takde ka?". Normin mencelah. Kaki2 kami pantas mencari sarung2-nya yg berselerak di hadapan kaki pintu dorm B5.

"Banyak korang punye songeh??!!".

Kami terus berlalu...Lantas menaiki anak2 tangga Blok C. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Sinar matahari kelihatan begitu 'ceria' menumpahkan bahangnya. Mungkin, 'begitulah' juga perasaan para pelajar warga Bainun pada hari yg 'mulia' tersebut...

bersambung........

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Tuesday, February 10, 2009

Episod 11: Latihan Orkestra Muda Bainun

Sekitar Tahun 1997.
Lokasi: Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"OK, jom!"

Ikatan tali kasut Pallaz Jaz itu aku sematkan rapi. lantas, dengan fail merah di tangan, aku menyertai Jamil & Chiko menyusuri laluan tar menuju ke bilik muzik. Jam Swatch di tangan menunjukkan tepat pukul 2.50 petang. sekali-sekala jari jemari ini mengesat butir2 peluh yg tampak terbit di permukaan dahi. kelibat pelajar2 lain dari blok masing2 yang sedang bergegas menuju ke kelas untuk prep petang mewarnai tengahari yang panas membahang itu.

"weh, cepat weh, dah lambat ni"

lantang Chiko apabila mendapati kasut2 dan sandal2 para pelajar lain telah bertimbun berselerak di hadapan pintu bilik muzik. tidak kurang juga sesetengah daripadanya menjadi penghuni di dalam longkang.

pintu bilik muzik di buka. bunyi riuh-rendah yg 'keluar' dari alat2 muzik para pelajar yang sedang berlatih menyemarakkan lagi suasana dingin bilik yg ber-'air cond' tersebut. dengan keluasan yang agak kecil, ruang bilik yang menempatkan hampir 60 lebih orang pelajar itu menjadi benar2 terlalu sempit.

"aik, baru datang?" sinis Tia Ifzan yg sedang mengambil 'stand' (tempat untuk meletak not2 muzik) dari loker besi berhampiran dengan pintu masuk utama tersebut. "a 'ah". jawab aku ringkas lalu terus menapak masuk ke bilik kecil yg menempatkan alat2 muzik. Beg galas berwarna merah maroon yang menyelubungi alat muzik 'Cello' yang sedia tersandar di dinding beralaskan kayu itu aku ambil dan bawanya ke ruang legar utama bilik. Kelihatan Kak Mazidah, Shaznifah (Nanie), Kak Suraya dan Adib telah lama tiba. "Awin, ambikkan kerusi aku sekali ye!" pinta aku kepada Awin sebaik sahaja melihat dia sedang menuju mendapatkan kerusi di bahagian belakang bilik.

Dengan hati2, alat muzik Cello yang agak besar itu aku keluarkan dari bekasnya (*'case'). penggesek-nya juga aku keluarkan dari poket yg terdapat disisi beg maroon itu. setelah memasang stand dan mendapatkan 'tuning-in' dari Sir Alfred Wong, aku lantas duduk dan membuka fail. sambil menanti semuanya siap, aku ber-latih2 anak memainkan lagu ('piece') 'Viva Bainun'.

"Semangat!" usik Jamil dan Ely yg ketika itu kebetulan tanpa sedar berlalu di tepi kumpulan kami. Di tangan masing2 erat memegang Viola. kelibat mereka berdua akhirnya hilang dalam hiruk-pikuk pelajar2 lain.

"OK!. Saya mahu kamu semua tengok piece lagu Geylang Si Paku Geylang. Serius sikit!".

Seluar coklat yg kelihatan agak londeh itu ditarik oleh Sir Alfred ke paras pinggang. Kedua2 tangannya ligat menekan2 & bermain2 pada butang2 yg terdapat di dada keyboard utamanya itu.

"OK, Ready! One..Two..Three.."

lalu, bergemalah bilik muzik itu dengan alunan notasi lagu 'Geylang Si Paku Geylang'. seperti biasa, kami, kumpulan Cello hanya 'menyertai' bingkisan lagu tersebut di bahagian 'base'. sambil2 menungu giliran kami, aku sempat melihat telatah rakan2 & pelajar2 lain yg begitu asyik dengan gaya tersendiri memainkan alat muzik masing2. Senior2 Form 2 seperti Kak Atiyah, Kak Shahida, Kak Diana dan Abg Fuad yg mmg terkenal dgn ke-'terror'-an mereka dalam instrument Violin ini begitu tenang. Kelihatan pasangan Chiko dan Apai gigih meniup French-Horn di pangkuan masing2. Begitu juga halnya dengan kumpulan instrument2 lain seperti clarinet (Kak Oya, Kak Wawa, Kak Mala). trumpet (Cak'a), dan Tenor-Saxophone (Siput) begitu asyik memainkan alat2 muzik masing2.

Lamunan aku tersentak apabila Nanie 'mencuit' aku menggunakan 'bow' nya. Dengan bow ditangan, aku lantas terus menggesek tali2 Cello itu mengikut not2 lagu tersebut...

...bersambung

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians ‘97-‘99)

Monday, February 9, 2009

Episod 10: Prep Malam

Sekitar Tahun 1997
Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Butang baju Melayu yg paling atas aku sematkan rapi..lantas, kedua-dua belah tangan mencapai songkok hitam yg sedia terletak di atas bantal lalu dipakaikan di kepala..kunci loker dan dompet BILLABONG yg agak lusuh itu aku sematkan di dalam poket kiri seluar..di hujung katil abang Efi, kelihatan Jamil & Chiko yg sudah pun siap sedang khusyuk menatap majalah Ujang & Gempak di tangan masing2..Jamil mengenakan baju Melayu berwarna ungu sementara Chiko yg tidak bersongkok megah dengan rambut kerinting yang ber'ekor' seperti huruf 'S' ('Superman') itu di bahagian muka dahinya..

"OK, Jom!" majalah2 tersebut dicampakkan ke atas katil..aku mendahului mereka berdua di hadapan..langkah kami terberhenti seketika di hadapan pintu dorm A8 apabila bertembung dengan abang Fuad (senior Form 2, Dorm A9).."ha, elok pon jumpe kamu bertiga kat sini..ermm..esok ade latihan Orkestra pukul 3 petang cam biase..tolong bagitau kat bebudak kelas kamu yg lain eh.." kami bertiga mengangguk..sebelum beredar, aku sempat bertanyakan soalan 'cliche' berikut kepadanya: "tak nak kirim salam kat si 'dia' ke?".*hoho..kelibat abang Fuad yg setia dengan baju warna hijau 'Kem Pemuzik Muda'nya itu hilang dari pandangan tatkala kami menuruni saki baki anak2 tangga.

di bilik siaraya di tingkat bawah, kelihatan kak Saruzila Azian (Timbalan Ketua Umum) sedang mengunci pintu bilik tersebut..sementara itu, beberapa kumpulan pelajar2 senior perempuan sedang bergegas ke kelas masing2..bunyi geseran batu2 kerikil yg terhasil daripada tapak2 kasut gerombolan itu menghidupkan lagi keadaan malam..suasana terasa begitu dingin..angin yg bertiup secara sepoi-sepoi bahasa menerbangkan helaian-helaian daun kering yg terdapat di atas rumput..aku, Jamil & Chiko mengambil jalan pintas dengan melalui koridor di belakang bangunan yg menempatkan kelas-kelas tingkatan 3..Normin (Chiko) yg sememangnya diakui agak popular di kalangan pelajar2 Bainun kerana ke'comel'annya itu sentiasa mendapat perhatian & usikan kakak2 senior sewaktu kami melintasi kelas2 mereka melalui bingkaian tingkap..

setibanya di kelas, kami bertiga berpecah membawa haluan ke tempat duduk masing2..ahli2 kelas yg lain sudah ramai tiba lebih awal daripada kami..kelihatan Rosikhwan (Ekong) dan Farez (K-oi) sedang asyik berbual dengan Shazni (Parotek) dan Rashidah (Shidut)..Ilyani (Yani), Quraishah & Zahrati pula sedang sibuk men-'stapler' nota2 terbaru untuk subjek Bahasa Inggeris di 'soft-board' di bahagian belakang kelas..sambil memerhatikan gelagat sekumpulan 'kelkatu' (*sejenis serangga) yg sedang menghurungi lampu kalimantang di atas siling, tangan aku ligat meraba2 di dalam meja dan akhirnya mencapai buku latihan Matematik..

"weh amboi si tala, pinjam buku Math hang jap..aku nak tengok la.." secara tiba2, Che' Bu datang menyergah..mulut & pipinya yg agak mengembung itu sekali-sekala menampakkan sebiji gula2 'asam madu' yg sedang dinikmatinya. "aku pun tak siap lagi la..ni tengah nak buat la ni.." jawab aku acuh tak acuh..dengan buku latihan di tangan kanan, dia kemudiannya bergerak ke meja guru & membawa kerusi yg agak berat itu lalu duduk di hadapan meja bertentangan dengan aku..sekali sekala tangan aku di'krepotkan' bagi menghilangkan 'lelah'nya setelah lama 'bekerja' bersama2 dengan pen Kilometriko berdakwat hitam itu."hish..benci betul la nak buat kire2 ni..kan best kalo boleh pakai kalkulator!." rungutan Che' Bu membuatkan si Jamil yg berada di sebelah menggelengkan kepala.

"Ely!! tu..gi kat luar tu..kakak angkat hang mai!!" sindiran sinis oleh Erni Safura Awang disambut dengan 31 pasangan mata menghala tepat ke arah pintu utama kelas..kelihatan Kak Oya (senior Form 2, Kelas 2S) yg anggun dlm sut baju kurung hijaunya sedang berdiri dlm keadaan tersipu2 malu..Zuhaili (Ely) yg sedari tadi sedang asyik berbual dengan Irmahani (Irma) terus mengarah ke pintu.."hai, bertuahnyalah badan sape yg ade kakak angkat.." keluh aku di dalam hati..mmg tidak dapat dinafikan, pada ketika itu, pelajar2 lelaki kelas kami (1M) memang agak 'laris' di kalangan pelajar2 senior perempuan (terutamanya kakak2 senior dari kelas 2S) untuk dijadikan adik angkat..hampir separuh pelajar lelaki kelas kami memperolehi 'belaian kasih sayang' oleh kakak2 senior ini..antaranya Dani (Kak Mala), Sayong (Kak Long), Ekong (Kak Azura) dan lain2..senario 'kakak angkat' dan 'adik angkat' dari berlainan gender ini seakan2 telah menjadi satu trend dalam kamus hidup penghuni2 di bumi Bainun.

Soalan2 latihan bab 'Nombor Negatif' tersebut hampir berjaya disiapkan..hanya tinggal lebih kurang 2-3 soalan sahaja lagi sebelum buku latihan itu kembali menjadi penghuni di bawah meja.."OK SEMUA!..ESOK JANGAN LUPA BAYAR DUIT KELAS EH!". Suara lantang Ilyani (Yani) yg dalam perjalanan dari rak belakang ke tempat duduknya secara tiba2 mengundang sorakan pelajar2 kelas 1M..di pangkuannya sarat dengan buku2 teks Kemahiran Hidup dan Sains..

Jarum jam yg berada dalam posisi 'senget' di dinding itu menunjukkan angka 10.15 malam..semua pelajar2 giat berkemas, menandakan waktu prep telah tamat..setelah meletakkan buku2 di rak belakang, aku menyertai Jamil & Chiko yg sudah bersedia di koridor kelas.."All da best ye kome berdua!" perli aku kepada Linda & Zatil yg terpaksa 'stay' kerana bertugas menyapu sampah..3 pasang kaki kemudiannya diatur maju menghala ke dewan makan..Beron, Ojan & Tomok (budak2 kelas 1R) turut berada di haluan yg sama...

Bunyi riuh rendah suara para pelajar & tolakan kerusi2 menghangatkan lagi suasana dewan makan..aku, Jamil & Chiko yg masing2 memegang 2 keping biskut empat segi berintikan marjerin planta itu terus mencari kerusi kosong dan duduk bagi menjamah juadah 'supper' tersebut..Cawan berisi air milo yg masih ber'asap' di permukaannya itu diteguk perlahan2..setelah semuanya selesai, kami bertiga terus pulang ke dorm..

"ha, elok pon korang dah balik..chantek!.nah, ambik botol2 ni, pi isi air milo!"..3 biji botol kordial dlm saiz 1.5 liter itu diajukan oleh abang Zairul Efendi (senior Form 4) tepat ke muka kami tatkala tiba di muka pintu dorm..dengan berbekalkan satu botol setiap orang, kami kembali turun ke dewan makan..sepanjang perjalanan, mulut2 ini tak habis2 menyumpah seranah..*hoho. setelah memastikan 'line-clear' barulah kami 'menebalkan' muka untuk masuk ke dewan makan dan mengarah ke tong besar berisi air milo bagi mengisi setiap botol2 tersebut..

"fooh, panas sial!". Normin memberikan reaksi spontan apabila tangannya terkena air milo yg tanpa disedari mengalir keluar melalui pili tong logam yg besar itu..mata2 yg masih berada di dalam dewan makan ketika itu asyik memerhatikan gelagat kami mengambil air..dengan selamba, kami bergerak keluar dewan makan..

"OK, terima kasih!" botol di tangan aku disambar kemas oleh abg Zairul..2 botol yg lain diletakkan di atas loker..aku kemudiannya ke loker umum dan mengambil walkman dari poket hadapan beg balik kampung..

tepat pukul 12 malam, lampu di padam.."muazam, esok jgn lupe gerak abang eh!". pesanan oleh abang Casper (senior Form 2) yg berada di atas katil menutup tirai aktiviti kehidupan seharian pada hari itu..

bersambung........

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

Sunday, February 8, 2009

Episod 9: Jiwa Murni

Sekitar Tahun 1997
Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Jiwa Murni..Jiwa Murni.." suara Abang Ismadi (Ketua Umum) yg tiba2 datang mengetuk pintu dorm dengan menggunakan kayu 'chotta' sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi aku yg ketika itu sedang bermain permainan Saidina dgn Jamil, Chiko dan Kadok.."aiseh, kacau stim betul laa". bentak Kadok sambil menyusun kembali kepingan2 replika wang kertas yg berwarna-warni itu ke dalam kotak..Abg Jackel (senior Form 2) yg tadi asyik ber-skipping di hujung bilik lantas memberhentikan corak lompatannya dan melemparkan tali skipping ke atas loker..Baju merah yang tersedia tergantung pada hanger di tepi palang katil di capai, lalu dipakaikan ke badan..

"ha, ape terhegeh2 lagi tu? turun la cepat!" kedatangan Abang Ismadi buat kali ke-2 tersebut benar2 mengejutkan kami..tanpa menutup loker, aku bingkas keluar dorm, menuju ke tapak Jiwa Murni kelas aku..Jamil & Chiko turut bersama, sementara Azmen, Uni & Wanjish memang sejak selepas solat Asar tadi tiada di dorm.

semasa perjalanan ke tapak Jiwa Murni, kami bertiga terpaksa mengubah halaju tapak2 kaki kami kerana ternampak akan kelibat Cikgu Rojita (Cikgu Rojit; Warden Aspuri) sedang mundar-mandir di bawah pokok2 di tepi tempat parking bas sekolah..sekali sekala, mata2 kami mengawasi pergerakan Cikgu Rojita itu, takut2 dia akan memarahi kami kerana lewat turun untuk aktiviti petang itu..

"Woi, lambat naa!" sapa Zatil ketika kami tiba di kawasan yg telah ditetapkan untuk Jiwa Murni..Aku cuma tersenyum, lantas pergi merapati kumpulan Sayong, Dilla, Rahmah (Ema), Yani & Erni yg sedang khusyuk mencabut rumput2 kering di sekeliling pokok bunga..Shazni & Yusma kelihatan tekun memungut daun2 kering dan sampah2 yg terdapat di sekitar kawasan itu..begitu juga halnya dengan Aina & Zahrati yg sedari tadi obses untuk mengutip straw2 minuman yg dibuang merata2 di tempat itu..

"Nah, plastik hitam!" aku lantas mengambil plastik itu dari genggaman tangan Ely..Kereta sorong warna hijau yg sarat dengan peralatan2 berkebun seperti peragut rumput, pencungkil tanah, penyapu & lain2 diletakkannya tersadai di dahan pokok.."Awek cun! Awek Cun!"..usik Che' Bu (Zulkarnain) apabila kelibat Azwin Hidaya (Awin) mula kelihatan sampai di tapak kami.."Pergi mana Awin..? Makan ke??" perli Che' Bu lagi..Akibat tidak diendahkan oleh si empunya badan, Che' Bu di tertawakan oleh semua yg ada ketika itu. "Feeling2 cun lah tu!". asak Che' Bu bagi meng-cover keadaan. *hoho.

"aihh..penatnye lah.." walaupun baru sahaja sebentar program Jiwa Murni ini bermula, tapi kami lebih selesa untuk memenuhi program selama 1 jam itu dengan 'bersembang2'..masing2 ada je cerita yg nak distory-telling kan..keletah usik-mengusik sesama sendiri juga kadang2 mewarnai perbualan kami..

"amboi2, bestnye dia duduk2!" suara seorang wanita dalam lingkungan 40-an mengejutkan kami semua..

"Oh, Puan Normah.." pintas Ely menjernihkan keadaan.. Dengan bibir memuncung, Puan Normah (Penolong Kanan HEM) mencekak pinggang. Beg tangan coklat BONIA yg disisip di lengan kanannya dipegang kemas. "Pelajar Bainun memang macam ni tau..Ni yang buat saya tak suka ni..Tak tau nak bertanggungjawab sikit..Tau nak duduk saja.." Kiasan sindiran yg terpacul dalam 'style' nada-nya yg tersendiri itu menyebabkan semua pelajar kelas kami berpura2 'rajin-in-action'..Kelihatan Dani sedang mengikis2 pasir di tepi2 rumput menggunakan sebatang kayu kecil...

Tepat pukul 6.00 petang, aktiviti Jiwa Murni pun selesai..semua pelajar mula beredar pulang ke dorm masing2..tidak kurang juga yg terus duduk2 sambil menikmati pemandangan padang di petang yg cerah itu..aku, Jamil & Chiko terus menuju ke kantin untuk membeli air..semasa melintasi laluan beratap ke kantin, kami sempat menoleh ke papan kenyataan yg tergantung di kawasan tersebut..

"Hmm..powernya Amir Zunnasri ni, dapat No. 1 tu". mata kami bertiga tertumpu ke arah notis pengumuman 'Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi keseluruhan Tingkatan 1' yg pada firasat kami baru sahaja ditampal di papan tersebut..dengan menggunakan jari telunjuk pada cermin papan kenyataan terbabit, mata kami liar mencari nama masing2..

"haha..no. 121 tu!". bentak salah seorang daripada kami. kelihatan 3 orang senior perempuan turut menyemak kedudukan nombor masing2..aku tersenyum apabila mendapati terdapat 1 gred 'E' pada keputusan terbabit.."Sah2 lah subjek PJK (Pendidikan Jasmani & Kesihatan) tuh!".

langkah kami bertiga terbantut apabila mendapati kantin ditutup pada petang itu.!*hoho. kami kemudiannya menyusuri Medan Susila, makmal Kemahiran Hidup, Makmal Komputer dan akhirnya tiba di blok..Ustaz Hashim yg sedang mendukung seorang budak kecil dilihat mundar-mandir di hadapan kawasan rumahnya..

bersambung........

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)