Thursday, February 5, 2009

Episod 6: General Cleaning (GC)

Pagi Ahad.
Sekitar Tahun 1997.
Lokasi: Blok A (Aspura), Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Aku dan Jamil kembali masuk ke dalam dorm setelah selesai bersarapan pagi. Dek kerna terlalu lapar, bihun goreng yg agak keras & kering itu tetap habis licin dibaham oleh perut ini dengan bantuan air teh-o. Semasa dalam perjalanan balik ke dorm, aku sempat membeli air-tin F&N perisa anggur dari vending-machine yg terdapat di antara laluan masuk blok asrama...sebenarnya, setelah selesai breakfast, kami berdua bercadang untuk menghabiskan masa di Bilik TV, memandangkan hanya lebih kurang 45 minit sahaja lagi General Cleaning (GC) akan bermula..namun setelah melihat senior2 Form 5 sedang meng-'conquer' bilik tersebut, hasrat itu terpaksa dicancelled.

"Kringg...!"

Bunyi loceng yang bergema yang meyemarakkan suasana hening pagi Ahad itu menandakan General Cleaning bakal bermula..aku, Jamil, Chiko & Mental terus menuruni anak2 tangga menuju ke perkarangan blok A, bersebelahan dengan Dewan Makan...turut serta kali ini ialah Azwan Aziz (Wanjish) & juga Husni Din (Uni) yg merupakan 'rakan dorm' kami yang baru sahaja masuk mendaftar semasa ambilan ke-2 (2nd-intake) baru2 ini..

dari jauh, kelihatan pelajar2 junior Form 1 & Form 2 blok A ini telah ramai berkumpul dan duduk berbaris mengikut dorm masing2 di atas jalan tar di perkarangan tersebut..senior2 atas (Form 3, 4 & 5), kebanyakannya memilih untuk duduk di kerusi2 kayu panjang yg terdapat di tepi Dewan Makan yg nyata lebih selesa..tidak kurang juga yg langsung tidak turun!..*hoho.

sementara menunggu ketibaan Ketua Blok & Ketua Umum, aku mengutip batu2 kecil dari atas jalan tar terbabit lalu dibaling2 kan ke arah kawan2 aku yg berada di barisan dorm yg lain, seperti Amir Bad & Appan (A9), Ely (A11), Sayong (A4), dan lain2..sebagai balasan, terjadilah 'peperangan batu2 kecil' antara kami..pelajar2 lain turut menyertai aktiviti yg tidak bermoral ini sebagai mengisi masa kekosongan yg ada..

"Assalammualaikum Semua..". Suara abang Ismadi (Ketua Umum ketika itu) memecah suasana hiruk pikuk. "OK, hari ni seperti biasa, kita akan menjalankan GC..Hafizi, kemari!"..Jari telunjuk abg Ismadi memberi isyarat kepada abg Hafizi (Senior Form 3, abg dorm aku) yg merupakan Setiausaha Blok supaya ke hadapan. Buku log yg berwarna hijau dibuka kemas oleh Abg Fizi, seraya membetulkan kopiah kelabu yg terletak di atas kepalanya..

"Ehem..OK, ini tugas untuk minggu ni..A1 bilik rehat, A2 bilik sakit, A3 bilik siaraya, A4 ampaian, A5 tandas aras bawah, A7 tandas aras 2, A8 koridor, A9 tandas aras 3, A10 longkang dan A11 keliling blok." Buku log ditutup. Abg Fizi terus ke belakang menuju kembali ke arah kumpulan rakan2nya.

"aiseh, tandas??". keluh Normin..kami yg lain cuma membuat muka toya. "OK, cepat bergerak!". suara senior2 atas seakan memberikan isyarat supaya kami beredar dari tempat berkumpul tersebut..selepas menyapu batu2 & pasir2 yg terlekat di bahagian punggung seluar, kami semua bergerak menuju ke tempat2 yg telah ditugaskan itu..

paip getah dipasang...aku & Jamil membuka kesemua saluran paip2 yg terdapat di tandas2 di aras 2 itu. begitu juga air2 shower..Chiko & Mental membancuh air sabun, manakala Wanjish & Uni menanti penuh sabar dengan penyapu berus ditangan masing2..kelihatan juga senior2 Form 2 bilik kami; Efi, Casper & Kadok berulang-alik di hadapan pintu tandas bagi memantau kami...

bersambung........

originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

2 comments:

MNS-1M2M3MA6/A7 said...

ade ek buat bende2 camni?aku lupe abes dowh zaman dolu2 ni..yg aku igt program jiwa murni je sbb aku slalu je men2 pokok bunge(konon2nye tgh cabut rumput la)kat depan blok A tu..hehe

Cikgu Muazam said...

MNS-1M2M3MA6/A7: Ade lar wei.. General cleaning kan ke aktiviti 'favourite' di pagi Ahad. Berdebar-debar tunggu announcement dari S/U Blok, kot-kot dorm kena giliran cuci tandas.. Ohh..