Sekitar Tahun 1997
Lokasi: Perkarangan Blok A (Aspura), Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
petang Jumaat itu, seperti biasa setelah pulang dari solat Jumaat di Masjid Manjoi, aku, Jamil & Normin (Chiko) terus berlari2 anak dari tangga bas sekolah menuju ke Dewan Makan..sampin 'batik-celup' yg berwarna merah pudar itu aku selimpangkan di dada manakala songkok dipegang erat di tangan kiri..senior2 sudah ramai memenuhi Dewan Makan as mereka mendapat 'keistimewaan' untuk balik awal berbanding kami, pelajar2 junior..seperti sudah menjadi satu tradisi, junior2 perlu memberikan 'penghormatan' kepada senior2 untuk memenuhi perut bas terlebih dahulu setiap kali pulang dari masjid..
"hoho..baru sampai?" teguran 'sinis' oleh abang Kimi (senior Form 2, Dorm A8) yg memegang tray mengandungi lebihan2 lauk yg tidak dihabiskannya disambut dengan senyuman tawar oleh aku & Jamil..dia kemudiannya berlalu dan terus ke tong sampah yg terletak di hujung belakang bahagian Dewan Makan..ketika menanti giliran dalam barisan yg panjang itu, aku cuma berbual2 kosong dgn Jamil dan juga Safarizal Jajuri (budak kelas 1S) yg kebetulan turut serta beratur di hadapan kami..kelihatan Kak Nab (makcik Dewan Makan) & pekerja2 dewan makan yg lain sedang sibuk mengagih2kan lauk ke dalam tray makanan para pelajar..
"hish..cepatla sikit..lembap nak mampos!orang dah lapar ni.."..getus Jamil sambil mulutnya giat meratah butir2 nasi putih yg sudah sedia ada dalam bahagian 'bulatan' (*tempat nasi diletak) tray logam itu..aku cuma mengangkatkan kening, dan kembali menikmati suasana hiruk pikuk Dewan Makan..bunyi2 tray para pelajar yang silih berlaga antara satu sama lain seakan memberikan irama asli 'semulajadi'..
"Sori ye dik..mintak lalu..hehe..jgn marah ar.." secara tiba2, abang Faizal (Pejek), Senior Form 3 datang dan dengan selambanya memotong barisan kami..terbit sekuntum senyuman pada bibir abg Pejek yg pada pandangan aku dibuat2 olehnya untuk me-'neutral'kan kembali keadaan hasil daripada sikapnya itu..aku yg terperangkap dicelah2 'isi perut' barisan itu terseradung di rak yg menempatkan tray2 nasi..butir2 nasi yg memenuhi bak bukit di dalam tray aku sedikit sebanyak tertumpah ke lantai..
"Lauk ikan 'jaket' ni lagi...asyik2 lauk sama je..dahlah macam tak masak pulak tu!bosan betul lah..".rungut Zuhaili (Ely) seraya meletakkan tray nya di atas meja menyertai kumpulan aku, Jamil, Sayong, Amir Bad, Che' Bu & Pidut yg telah pun sampai lebih awal daripadanya..Chiko tidak menyertai kami kerana 'tiada selera' katanya..dia cuma mengambil buah tembikai susu sebagai alas perut dan pulang ke dorm..Air masak yg agak suam2 kuku itu diteguk bagi membasahi kerongkong aku yg sedari tadi amat haus.."Korang makan sayur tak? Sape nak?" tanya aku kepada kelompok itu setelah aku berasa loya untuk menikmati 'kelazatan' sayur2 bayam & sawi yg kelihatan 'lesu' itu.."Bak sini"..Tray dicondongkan, lalu dengan menggunakan tangan, sayur2 itu di-'kuis2' bersama kuahnya dan dituangkan ke dalam tray nasi Sayong."ape la ko ni, tak makan sayur..patutlah gemuk!" celah Zulkarnain (Che' bu) sambil mengunyap makanan yg jelas penuh di dalam mulut.
(paused.)
"Nah, tuala aku..baju aku 3 helai, kain pelikat 1!"..Pakaian2 tersebut dilemparkan oleh abang Zairul Efendi (senior Form 4) yg ketika itu sedang menyelongkar lokernya ke tengah2 bahagian dorm..aku mengambil pakaian2 tersebut lalu meletakkannya bersama2 dengan longgokan pakaian ahli2 dorm aku yg lain di atas sehelai cadar yg telah siap dibentang.."OK, ade sape2 lagi ke nak anta dobi ni? nak ikat dah ni.."Jamil yg bertindak sebagai Exco Dobi dorm aku tika itu ligat membuat last check-up bilangan2 pakaian yg berlonggok2 itu.."Jap, jap..nah sampin aku ni!". Kadok (senior Form 2) yg baru balik dari Dewan Makan dengan pantas menanggalkan sampinnya lalu dilontarkan ke atas cadar tersebut."OK, beres!..Ikat jap cadar tu muazam!."
Dengan bantuan Jamil & Azmen, aku mengangkat dengan penuh hati2 isi kandungan cadar yang mengandungi pakaian2 untuk di dobi itu bagi mengelakkannya daripada terburai..Sementara, Normin (Chiko) & Uni sudah setia menunggu di aras bawah.."OK, Ready semua..1..2..3.." "POM!"..Bungkusan cadar yg agak besar itu akhirnya selamat jatuh mencecah bumi setelah ditolak dengan jayanya oleh kami, dari aras 3..*hoho..Chiko & Uni lantas mendapatkan bungkusan cadar yg telah rebah itu lalu meneruskan bahagian terakhir untuk tugasan pada petang itu; meletakkan bungkusan cadar terbabit ke atas lori aunty dobi yg sudah sedia menunggu di area perkarangan blok asrama...
bersambung........
originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

3 comments:
Mane ade letak atas lori bro..campak kat tepi vending machine jer..nnt pandai2 la aunty tu angkat sendiri..kehkeh
ikan jeket tu memang makanan rasmi budak bainun...huhu..hari jumaat perempuan makan dulu...senang lenang kita org konker dewan makan....paling best kadang2 hari sabtu dpt mkn aiskrim....dgn ayam masak merah (pejek=faizal)
Normin Shah: Hehe. Tapi kekadang tolong gak la aunty tu humban bunjut dobi tu atas lori.. Yaa, aku ingat lagi, bile letak kat tepi vending machine tu, kekadang abis cadar yang balut kain-kain tu terkena limpahan air vending machine yang ade kat area tu.. Terus bertukar kaler ungu (air grape) ngan oren.. Hehe
farra: Saye memang naik geli makan ikan jeket tu.. Tengok rupe je rase down selera ni. Ekeke. Tapi nak buat camane, itu lah makanan ruji kat sini. Kalau tak makan, kebulur plak kan.. Hehe. Menu lunch hari Sabtu memang tak boleh lupe. Seolah-olah menu yang paling special dalam dunia bile tibe je hari Sabtu. Semua berlumba-lumba.. Ahaks!
Post a Comment