"tet..tet..tenet.."
bunyi jam loceng yg berwarna kuning itu menyentakkan aku dari lamunan tidur..aku meraba2 ke seluruh area bawah bantal aku untuk mendapatkan jam loceng tersebut..setelah puas tangan ni dok merayap2, barulah ia dapat menggenggamnya..hoho..dlm samar2 mata yg penuh kelesuan, aku dapat melihat yg jam sudah pun menunjukkan jam 6 pagi.."ooh, awal lagi ni.." aku menguap, then tanpa sedar, terus terlelap balik..
tak lama selepas itu, aku terasa katilku digoyang.."woi, bangun!bangun! dah pukul 7 ni!"..aku terus terbangun lantas berdiri tegak. selimut berwarna biru laut aku campakkan ke atas bantal. "apa nak jadi dgn korang ni ha? dah lah tak pergi kuliah subuh, lepas tu bangun lewat! cepat siap!!" herdik abang kamil (abg angkat aku) yg juga merupakan ketua dorm aku mase tu.."ape tercegat lagi ni? pergi mandi!!". sambil menenyeh2 mata, aku melangkah longlai ke locker..kelihatan senior2 Form 2 yang sudah lengkap beruniform sekolah sedang bersiap2 mengemas katil, menyapu sampah, menyusun kasut2 di bahagian luar dorm, mengelap tingkap dan sebagainya..senior2 atas (Form 3, 4 dan 5) masih enak dibuai mimpi..ketika aku mencapai berus gigi & tuala untuk ke toilet, barulah aku menyedari bahawa semua budak Form 1 dorm aku (4 orang) semuanya bangun lewat!..loh..*patut la 'mesra' semacam je ketua dorm aku tu pagi ni..hoh.
around kol 7.45 pagi camtu, barulah aku, Normin (chiko), Jamil (jamon) & Azmen Adnan (mental) dok bergegas lari menuju ke Dewan Besar..punya la malu & segan mase tu, sebab mase kami berempat dok berlari kencang merentasi Medan Susila, senior2 sedang berhimpun untuk perhimpunan harian mereka..so, semacam sudah menjadi 'tradisi', ramai la senior2 lelaki dok usha (pandang) 'slack' kat kami..siap ade yg menyindir sinis lagi..;"malam ni ROLL-CALL ar!!". hoh.
mase kami tiba kat Dewan Besar, budak2 lain mmg dah ramai memenuhi kerusi2 besi yg agak berkarat itu..(*memang hodoh kerusi2 itu..warnanya terlampau kuning kejinggaan & sentiasa mengeluarkan bunyi2 seperti 'mengilai' apabila ditarik ke depan & kebelakang!)..mase tu, yang tinggal cuma row hadapan sahaja..so, nak tak nak, kami berempat terpakse la jugak gi mengisi row paling hadapan!.lol!. sepanjang ceramah, LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dan sebagainya, kami memang setia berempat..ke mane2 pun dok berempat..in fact, mase pemilihan untuk kelas, aku, jamon & chiko telah sepakat untuk masuk kelas sama, iaitu untuk ambik Bahasa Cina & Muzik sebagai subjek pilihan..cume Azmen je yg memilih untuk 'menyimpang' dari kami; ambik Bahasa Arab & Pendidikan Seni sebagai subjek elektif, as dia ckp dia syg nak tinggalkan Bahasa Arab yg dia dah belajar mase kat sekolah rakyat dulu..so, as the result, aku, jamil & chiko ditempatkan di kelas M, manakala Azmen di kelas P.
"eh, nape susah sangat aku nak cari orang yang 'ber-bintang kelahiran' sama dengan aku ek? apesal aku tgk diorang semua nama2 orang putih..aku je yang bubuh N.D Lala?" tanye aku kat kawan aku, Jamil, bile aku tak dpt cari orang yang sama dengan aku (bagi skop 'bintang kelahiran anda') bagi aktiviti "Mengenali Rakan Anda" pada petang minggu orientasi terbabit di Astaka..aku jadi semakin risau kerana kaunselor pada ketika itu, Encik Arjimi Dahalan telah menetapkan bahawa semua pelajar mesti mendapatkan tandatangan dari rakan2 yang mempunyai jawapan yang sama dengan soalan2 tentang diri masing2 sebelum aktiviti kedua bermula..jika tidak, akan di denda..puas aku melilau ke serata pelosok Astaka bertanyakan kepada budak2 batch aku (Form 1) demi mendapatkan satu tandatangan untuk soalan terakhir tersebut..namun, hampa. peluh di dahi aku kesat menggunakan sisi lengan baju orientasi (baju maroon : baju putih, sisi lengan warna maroon & ada lambang lencana sekolah & tulisan 'Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun' di bahagian belakang kaler biru)..setelah diselidik, rupanya 'bintang kelahiran' tu ZODIAK rupanya..loh..aku tersenyum sipu bile sorang akak senior tu bgtau kat aku jawapan yg sebenarnya..haha..itu lah kali pertama aku tahu aku ni ber-'zodiak'-kan Capricorn!.lol!. (*aku sendiri pun tak tau nape la aku taruk jawapan N. D Lala untuk soklan 'bintang kelahiran anda' tu mase tu..haha..klakor! klakor!).
hari2 yg dilalui sepanjang minggu orientasi mmg cukup seronok dan menggumbirakan..selain kelas mmg tak start ape jadah pun lagi dan dapat jumpe kawan2 baru, aku jugak semakin bertambah seronok duduk kat Bainun ni..hari terakhir minggu orientasi merupakan penempatan para pelajar di kelas masing2..kelas aku, Tingkatan 1M terletak di tingkat 3, iaitu tingkat teratas sekali di blok bangunan warna merah bertentangan dengan Astaka..mmg penat gak la dok panjat tangga melintasi perpustakaan, Kelas 'senior' Tingkatan 2S dan 1S..tapi nak buat macamane, dah semua kelas2 Form 1 mase tu pun semuanya terletak di aras terbabit!..dari kelas 1S, 1M, 1R, 1P & 1B semuanye di tingkat 3..huhu..
bersambung........
originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

9 comments:
best!!! =))
gelak terkekek-kekek bace ko letak name ND Lala t.. hahaha~
dR: Tengkiu, dR.. :)
fuadz d best!: Ekeke. Tu ler.. Taktau nape time tu tetibe buh jawapan ND Lala.. Hehe. Lawak betul.
weh muazam..mmg kite pki bj camtu ek mase orientation week?haha..klakor
Anonymous: Yup.. Baju maroon daa.. Dah lupe ke?.. Hehe. Baju yg menjadi baju wajib kalau ade ape-ape aktiviti riadah/outdoor.. Ekeke.. Sampai naik lusuh dah kaler baju tu kes hantar dobi je basuh. Hiks.
Baju merun tu jugak diguna pakai untuk sesi prep petang ye...hehehe....Tapi aku suke sangat ngan baju tu. Tak tahu apa yang indah...Setiap kali untuk pembersihan taman angkat, baju itulah yang akan aku pakai....Dole dan jugak Zattillll.....pengyo² aku dari Hulu.....:)
Erni Safura: :) Aku last year terjumpe balik baju maroon tu.. penuh dah dengan tahi lalat.. haha. try jugak pakai, tapi lantas bertukar menjadi 'Incredible Hulk'. :p
Yaa.. 3 gadis ulu.. Sapa boleh lupa.. Hehe. Paling vogue, cool dan cun. :)
CIKGU ARJIMI TETAP MAINTAIN MACAM DULU
LAST WEEK AKU TJMPA DIA KAT KEDAI MAMAK NGN ISTERI BARU DIA
MMG MANTAP.......
azwin: Meletopppp~
Post a Comment