Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun
"Psstt.. pstt..!"
Kelihatan kelibat Abg Fuad (Senior Form 3) di sebalik tingkap dorm. Aku yang tika itu sedang siap berkemas mahu ke prep malam terbantut sebentar. Beg sekolah cap PUMA kaler hitam itu lantas dicapai dan diselimpangkan ke bahu. Sambil mencari-cari sandal di bawah katil, mata aku melilau mencari songkok.
"Ni ha songkok hang! Cepat, abg Pued dah tunggu tu. Nak bagi surat la tu!" sinis Jamil.
Jamil mendahului langkah menuju ke luar pintu dorm. Kelihatan Abg Al-Shazanous (Senior Form 4) masuk ke pintu bilik dorm melalui pintu belakang sambil tangannya ligat bermain yo-yo. Normin, Azmen, Uni dan Wan sudah lama beredar ke kelas prep malam.
"Ha, ade ape Abg Fuad?"
"Ni ha, tolong bagi kat Maz ek". Seperti biasa, sepucuk surat dihulur.
"OK!". Surat tadi itu aku masukkan ke dalam kocek baju Melayu yang paling atas.
"Jangan lupe kirim salam!".
Aku mengangguk. Aku lantas menuju ke arah Jamil yang sudah sedia menunggu di tangga sebelah dorm A9. Amirbad juga turut serta; lengkap berpakaian baju Melayu serba biru. Kami bertiga terus mengatur langkah. Sepanjang menyusuri bilik komputer dan kelas-kelas tingkatan 3, kelihatan kelibat Cikgu Odin sedang ralit mundar-mandir dengan rotan panjang di tangan kirinya.
"Ni.. Cepat sikit naa.." gertak Cikgu odin dengan 'slang' nya yang tersendiri.
Langkah kami dipercepatkan. Kelihatan pelajar-pelajar kelas 2S sedang beratur dihadapan Makmal Komputer untuk kelas Literasi Komputer (LK). Aku, Jamil dan Amirbad melintasi papan-papan kenyataan unit beruniform, menyusuri anak-anak tangga dan seterusnya menerjah ke pintu kelas 2M.
"Nah Maz. Surat cinta untuk hang".
Maz yang ketika itu khusyuk membuat latihan Matematik tersenyum. Tudung hitam yang dipakainya diselimpangkan ke atas bahu. Manik-manik yang terdapat pada tudungnya berkilau menambahkan seri. Jelas terpancar bibit riang terbit di muka Maz. Satria Ashraff yang sejak dari tadi duduk di meja Rosikhwan (Ekong) kelihatan leka bergendang. Sementara itu, Erni safura sedang rancak berbual dengan Masdilla dan Zatil. Entah ape lah yang disembangkan oleh 3 orang gadis pingitan Grik tu.
"BOi.. boi.. boi..!!" Kelibat Elly (Zuhaili) masuk ke kelas dengan gaya seolah-olah sedang bermain 'snare-drum' mencuri tumpuan. Shaharmi (Shah) yang baru sahaja sampai ke kelas kelihatan sedang mengunyah lolipop.
"Syok la tu kan dapat surat dari pakwe, Maz!". perli Zulkarnain yang secara tiba-tiba melintas dibelakang kerusi Maz.
"Sibok la hang!". Maz mematikan perbualan. "Eleh.. Eksyen! Kodut!!" ops*
Keadaan kelas 2M yang tadi riuh rendah tiba-tiba senyap. Kelibat Ustazah Nasriyah yang lengkap berjubah warna maroon dan ayu bertudung labuh sangat sinikal memandang setiap gerak-geri pelajar. Aku juga menjadi 'kaku' sebentar dek tadi leka bersembang dengan ahli kumpulan CL (Coperative Learning) - Quraishah dan Shazni. Sayong (Hisyam) pula berada di meja guru sedang meneliti borang PROSUES. Nasiblah tidak lama selepas itu, Ustazah Nasriyah beredar menuju ke kelas 2R pula.
"Zatil, makan ape tu? Nak sikit!" Zul mencelah. Mulut Zatil mengembung mengunyah gula-gula asam madu. "Dah habis!". balas Zatil. "Kedek la Zatil!! Cubit hidung!".
Untuk prep malam ni, aku cuma mengemaskinikan nota Geografi yang diberikan oleh Cikgu Zulkifli. Topik bentuk muka bumi Asia Tenggara yang sedang di ajar ni merupakan satu topik yang agak sukar. Terlalu banyak sangat fakta yang perlu dihafal. 'Hacienda' lah, 'Kenaf' lah.. Aihhh..
Prep malam dirasakan begitu cepat berlalu. "Dah tu wei, jom balik!!" kata Awin dengan penuh semangat. Suis lampu dan kipas dipadam. "Woooiii!!". Keadaan menjadi riuh apabila terdapat pelajar perempuan yang masih didalam kelas. "Pasang lampu balik!!" jerit Ilyani.
Sebelum balik, seperti biasa;
"Nah, bagi kat dia tau. Kirim salam ek. Hikhik!". Maz menghulurkan sekeping surat berwarna pink.
"Upah??" kataku sinis.
(paused)
Di dewan makan kelihatan pelajar-pelajar sudah mula berbaris memenuhi kaunter.
"Alah, biskut mentega ni lagi..." keluh Amirbad. Dua keping biskut mentega menjadi santapan perut semua pelajar Bainun pada malam itu. Setelah mengisi cawan plastik dengan air milo panas dari balang besar yang diletakkan di tengah-tengah dewan makan, kami pun bergerak ke luar ke bahagian tepi dapur dewan makan. Air milo yang panas itu diteguk perlahan-lahan. Sudah ramai juga rupanya pelajar-pelajar yang dah pun settle menjamah 'dinner'. Mereka menuju ke bahagian tong sampah besi di hujung dewan makan dan mencampakkan cawan plastik ke dalam bekas yang disediakan.
"Nah, ambik sikit air aku ni. Aku tak larat nak abis". Kata Jamil sambil menuangkan sebahagian air milonya ke dalam cawan plastik aku. Kepulan asap yang keluar dari cawan itu jelas 'menceritakan' darjah kehangatan air tersebut.
Selepas itu, kami pun bergerak menuju ke dorm. Dalam perjalanan ke dorm, kami bertembung dengan Ariff, junior Form 1, kelas 1S.
"Abg Muazam, ni ade surat dari Rosma. Dia kirim salam kat abang".
(OPPS*** Aku lari dulu naa.. TEKSI!!)
bersambung................................................
originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)
p/s: AL-FATIHAH buat Arwah Rosma Nadia bt. Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah...

9 comments:
hurmm.. tigt kat arwah Rosma lak~ moga dicucuri rahmat..
wahh.. pandai ko wat ayat mengena aku ek.. haha.. lawak giler cintan cintun zaman skolah ni.. =p
fuadz: Hehe.. Tau takper. Cinte monyet dedulu. Rase kelakor bile diingat balik. Ahaks.
Al-fatihah buat arwah.
aL Fatihah buat Allahyarhamah Rosma. Pemergiannya amat dirasai...Aku memang terkejut bile dengar berita kematiannya. Kebetulan Allahyarhamah classmate mak sedara aku di UKM...Sedey sangat dengar cerita Allahyarhamah Rosma dari mak sedara aku tu...
Muazam Senoi....uppssss..., Sapela yang tak pernah ada cinta monyet??hehehehe.........
Abang Fuad: Dah kawin ke?
Erni Safura: Hmmm.. Tu laa, aku ralat gak, rupenye Arwah taknak bagitau aku sakit tu sebab takut ganggu aku yg mase tu tengah final exam kat USM.. serius sampai la ni aku terkilan sangat tak dapat cakap for the last words dengan arwah.. Al-fatihah.
Wehh.. rindu giler nak dengar org panggil aku dengan nama 'senoi' tu.. hehe. kalau dulu aku naik angin gak kalo de yg gatai panggil dengan name tu, tapi la ni jadi rindu lakk.. :-/
p/s: Abg Fuad still available lagi laa Erni.. Haha.. (*promo ni).
Salam...
Sori mencelah tiba2....x tau le abg muazam still ingt awin lg ke x..
Tahniah di atas usaha abg muazam..mmg best baca cite2 ni...memang rs rndu btul kt Bainun w'pun 3 tahun je awin kt sn....Kalau le masa tu boleh patah balik..hehehe..:p
Teruskan usaha ini...ktorg akn terus support...GOOD JOB...
Hidup Bainunians!!
(x gitu kak erni??):)
-Azwina Shazwin (Awin)
X-Bainunians 1998-2000
PiNkYLaDY: Awinn.. Juniorku.. Hehe.. Sure la ingat.. Muka pun iras-iras muka Kak Erni. Hehe. Abg Muazam sebenarnye ade dapat kad undangan kawin Awin dulu.. Bapak abang rupenye kawan bapak Awin gak.. Tapi mase tu abg tak dapat nak pi.. Cantik kad kawin.. Harap bahagia ke anak cucu.. :)
3 tahun kat Bainun sangat berharga. Abg pun 3 tahun jek dulu. Semua tu kenangan yg paling indah.. Ahha.. (Poyo je ayat! Ecehh).
Yuppp.. Hidup Bainunians!
Awin: yela awin,hidup Bainun!!
Muazam : A'ala Muazam Senoi,semua pakat dok kata Awin kembar aku..Sampai skg ni, Awin pun dok Tg Malim, dekat ngan aku gakzz...Memang kembar betoi ni.Xley pisah.Ekekekekek...:)
Erni: Terbaikkk...!! Hehe~
Post a Comment