Sekitar Tahun 1998
Lokasi: Dorm A7, Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Sabtu.
Pagi itu hujan renyai-renyai. Hasrat aku untuk menyidai tuala di ampaian blok di tingkat bawah terbantut. Aku sekadar merehatkan minda dengan menikmati pemandangan sekitar Bainun melalui tingkap berdekatan dengan loker. Memandangkan dorm aku ni terletak di tingkat paling atas dan paling hujung sebelah kanan blok A, maka ruang likup kawasan sekolah yang dapat dilihat agak luas. Ini termasuklah padang sekolah, tempat parking bas sekolah, blok D, aspuri, stor sukan serta dewan makan. Suasana sangat nyaman. Dan tenang. Kelibat beberapa orang pelajar perempuan yang mundar-mandir serta lalu-lalang di aras 2 dan aras 3 blok C sekali-sekala 'mencuri' pandangan mata ini. Ops*.
Jam menunjukkan pukul 9.40 pagi. Masih ade 20 minit lagi sebelum prep pagi hari Sabtu bermula. Inspection berjalan lancar. Cume Cikgu Odin je yang datang membuat inspection tadi. Jadi, takde la panjang sangat sesi 'leteran' dan 'bebelan' tu. Hehe.. Walaupun begitu, dorm aku tetap ditegur kerana terkantoi-nye 3 buah tupperware bekas makan meggi tak dibasuh terperam di dalam loker umum. Hoho..
"Wei Muazam, hang kene DC (Detention Class) kan harini?" tanye Jamil yang ketika itu sedang giat bermain skipping di bahagian tengah-tengah dorm.
"A'ah.. Siot betul laa". Aku membalas.
"Haha.. Tu laa hang.. Simpan lagi kuku panjang.. Kan dah kena..".
Tali skipping diletakkan di atas loker. Kopiah bulat yang berwarna kelabu di pakai, seraya mengemaskan lilitan tali pinggang. Seluar sekolah warna hijau muda itu di 'lowed' kan sedikit. Jamil kemudiannya berdiri di pintu dorm sambil berjengket. Kedua-dua tangannya rapi menyentuh alang pintu.
"Aku pi dulu naa kelas. Selamat pi DC."
Aku melangkah lemah ke loker. Kebanyakan ahli dorm telah pun beredar ke kelas prep. Normin (Chiko), Jackel, Abg Fizi dan Kadok antara yang masih khusyuk bersiap-siap membetulkan sikatan rambut, menilik-nilik muka dan men-'tight-in'-kan baju. Setelah siap, aku terus mencapai beg sekolah dan keluar dorm melalui pintu belakang. Dari koridor tingkat atas, aku dapat melihat ramai pelajar-pelajar lelaki blok aku sedang berpusu-pusu menuju ke kelas melalui laluan beratap yang menghala ke blok-blok kelas. Kelihatan senior-senior perempuan ade yang berpayung, melindung kepala dengan buku, dan tak kurang juge yang 'selamber badak' je jalan ala-ala model catwalk. Hehe..
Hujan masih renyai.
Aku menuruni anak tangga sehingga tiba di tingkat bawah. Lantai blok sangat licin. Air hujan melimpah segenap ruang lantai koridor. Sandal cap 'Hawaii' aku yang agak 'botak' itu kadangkala membuatkan aku tidak keruan mengawasi setiap langkah kaki.
Aku melintasi vending-machine ('air kencing robot'), bahagian belakang dorm A3, dorm A2 dan seterusnya sampai di pintu dewan makan. Suasana dewan makan agak riuh tatkala sudah ramai pelajar-pelajar yang dikehendaki menjalani DC ini tiba lebih awal. Seperti yang dijangka, bilangan pelajar lelaki mengatasi jumlah pelajar perempuan.
Aku terus mencari tempat duduk yang strategik berdekatan dengan pintu dewan makan. Meja dewan makan yang bersalut aluminium itu sedikit berminyak. Aku mengibas-ngibas meja menggunakan buku lalu duduk. Aku menyertai meja yang menempatkan kelompok abg Shahril (Senior Form 3, Dorm A11), Muhammad (kelas 2S) dan Pian (kelas 2R).
"OK, Senyap sikit. Kelas DC akan bermula sekarang sehingga tamat waktu prep. Tolong tandatangan di borang kehadiran yang telah diedarkan sebentar tadi." Suara nyaring Kak Nazilatul Wahiba (Pengawas Form 4) menyebabkan seisi dewan senyap. Turut bersamanya ialah 2 orang lagi pengawas senior perempuan. Mereka ditugaskan untuk 'menyelia' kami dan duduk di bahagian 'pentas' yang agak tinggi sedikit di bahagian belakang dewan makan.
Detention Class (DC) merupakan antara 'denda' yang wajib dilalui oleh pelajar-pelajar Bainun sekiranya markah terkumpul merit kurang daripada 80 markah. Sistem Merit dan Dimerit yang berasaskan kepada penambahan dan penolakan 'point' memfokus ke arah pembentukan disiplin serta sahsiah para pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar yang menjalani DC tidak akan dibenarkan'outing' pada minggu tersebut. Heh. Namun, setiap pelajar mempunyai peluang untuk 'menambah' point melalui kerja-kerja kebajikan seperti membasuh bas sekolah, menyuci kereta warden, menolong guru dan lain-lain lagi.
Aku sebenarnya agak terkejut tatkala mendapat tahu yang nama aku ‘naik’ untuk DC pade minggu ni. Antare kesalahan yang menyebabkan markah merit aku banyak ditolak ialah tidak memakai nametag, kuku panjang, tidak memakai stokin dan tidak membasuh kasut sekolah. Haha. LOL!
Peta Asia Tenggara yang dilukis dari tadi hampir siap. Kini cuma tinggal bahagian untuk memplot kawasan-kawasan petroleum yang utama sahaja. Bahagian helaian bawah buku yang terlipat ala-ala 'telinga anjing' diluruskan menggunakan pembaris. Sambil menyiapkan nota Geografi, aku berbual-bual dengan abg Shahril, Pian dan Muhammad.
"OK, semua boleh bersurai".
"Ahoy!, cepatnye rase.. Dah habis dah DC..". Kataku sambil mengemas-ngemas buku dan memasukkannya ke dalam beg. Kerusi plastik putih ditolak ke bawah meja. Di luar dewan makan kelihatan sudah ramai pelajar menunggu untuk lunch. Al-maklumlah, hari ni hari Sabtu. Lazimnya, menu makan tengah hari hari Sabtu agak 'special' dan dinanti-nantikan oleh setiap warga Bainun.
"Sretttttt....... Srettttttt ...."
Jeriji besi kaunter Dewan Makan ditarik dan dibuka oleh pekerja Dewan Makan (Kak Nab). Serentak dengan itu, ratusan pelajar berlumba-lumba menghala ke dewan makan bagi memastikan diri mendapat tempat yang hadapan dalam line. Aku juga turut menyertai mengambil tray dan beratur. Nasib aku agak baik kerana aku, Jamil, Appan, Amirbad dan Chiko antara yang terawal sampai di dewan makan.
"Emmm... Sedapnye nasi minyak ni. Tapi ayam dier liat sikit laa."
Nasi minyak, ayam masak kurma, sayur jelatah, air oren, tembikai dan ais-krim menjadi lauk makan tengahhari hari itu. Sangat puas bile dapat menikmati lauk-pauk istimewa yang lain berbanding hari biase. Aku menghabiskan suapan nasi yang terakhir. Tulang-temulang ayam itu juga dihisap-hisap. Seperti biase, ais-krim cup perisa vanilla itu menjadi santapan terakhir. Sudu kayu kecil digores-goreskan di atas permukaan ais-krim lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Nyumm... nyum... Sedapppppp..."
bersambung............
originally composed by: muzem (muazam yunus, bainunians '97-'99)

3 comments:
never care for those merit-demerit point system..kalo tak silap,point aku dulu mase tgh thn form 2 dah -ve dah rasenye..hehehe..tp bro,aku mmg baik gler dgn kak nab n abg2 dewan makan tu..sbb,aku slalu pow dorg buah la,pinjam parang la,mkn kueh lebih la,n mcm2 lg advantage aku dpt..semua main amik je bro kat blakang dewan mkn..kdg2 siap lepak lg kt pondok bodoh port diorg kt blkg dewan mkn 2..hehe..
weii
tak letak ke sesi pertandingan nyanyian group kite tetiap malam tuh..?
ank nyanyi lagu "dia datang"ngan gaye datin orked..?
hehehe..
i want more..
i want more.....!!!!
Normin Shah: Hehe. Memory remains.. Ko memang ade bakat jadi anak angkat Kak Nab dewan makan tu pun. LOL~
Shazni: ...pitam!* Ekeke. InsyaAllah, doakan aku tak kering dengan idea-idea lagi 'gedebas' lepas ni..
Post a Comment